Kemalangan libatkan Perodua Alza 2022 pertama, ini perkara yg dibincang netizen

Kemalangan libatkan Perodua Alza 2022 pertama, ini perkara yg dibincang netizen

Menurut perkongsian Facebook PanduLaju, kejadian terbabit berlaku apabila ada sebuah Proton Saga keluar simpang secara meluru, kemudian melanggar kereta Hyundai sehingga SUV itu terbabas merempuh Perodua Alza dan Kancil.

Gambar-gambar yang tular itu telah menarik perhatian netizen dan mereka memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian terbabit.

Ramai warganet berasa kagum dengan ciri keselamatan yang ada pada Alza serba baharu ini kerana berjaya menyelamatkan pemandu dan penumpang daripada mengalami kecederaan yang lebih parah. MPV terbaharu itu mendapat ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dalam ujian kemalangan dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

Dalam pada itu, ramai juga menzahirkan rasa simpati kepada pemilik Alza terbabit kerana kereta baru sahaja dapat (plastik masih ada pada tempat duduk), sudah terlibat kemalangan disebabkan pemandu lain yang cuai.

Dalam pada itu orang ramai mendoakan semoga mangsa-mangsa yang terlibat dapat menyelesaikan perkara yang berlaku dengan baik dan kereta masing-masing dapat dibaiki secepat mungkin.

Netizen juga meminta para pemandu seharusnya berhati-hati dan tidak terburu-buru semasa mahu keluar simpang supaya tidak mengundang kemalangan jalan raya.

Sumber – The Vocket