Pnghantar makanan FoodPanda dan Grab lancar mogok sehari, pelanggan dinasihat batal tempahan esok
Gerakan solidariti penghantar makanan akan melakukan boikot selama sehari esok susulan kadar upah mereka dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
Menurut Sinar, boikot berkenaan dimaklumkan menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun twitter #PartTimeKL pada Khamis sebagai tanda solidariti kepada penghantar makanan.
Kempen rider penghantar makanan boikot menghantar makanan selama sehari esok.
“Solidariti untuk rakan-rakan rider frontliner @GrabMY & @foodpanda_my yang akan mogok satu hari esok. Yang mana tak dapat avoid, expect order delay/cancelled,” katanya.
Difahamkan tindakan itu diambil berikutan harga makanan yang dihantar naik tetapi kadar upah penghantaran dikurangkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan.
“Dah la makanan anda semakin mahal, fare kami pula makin sedikit,” katanya.