Gara-gara teruja dgn berita ‘dating’ terkini Shuib, sekali lepas di ‘gugel’ namanya… alamak, biar betui Ib

Gara-gara teruja dgn berita ‘dating’ terkini Shuib, sekali lepas di ‘gugel’ namanya… alamak, biar betui Ib

Dunia maya hari ini digemparkan dengan kisah terbaru duda terhangat seantero Malaya, tidak lain tidak bukan Shuib.

Kredit gambar – MStar

Ini selepas beberapa portal menaikkan kisah terbaru pasangan ‘dating‘ Shuib yang berjaya dikesan laskar maya kelmarin.

Umum mengetahui kegigihan netizen memadankan Shuib dengan aktres Zara Zya dan Wan Sharmila berstatus ibu tunggal sebagai calon sempurna buat dijadikan ibu kepada 4 anak Shuib bersama arwah Siti Sarah sebelum ini.

Kredit gambar – Harian Metro

Malah, ibu Shuib juga dilapor pernah bergambar mesra bersama Wan Sharmila ketika hubungan tersebut hangat diperkatakan peminat.

Kredit gambar – Oh!Bulan

Namun, netizen sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran nama Watie Hanafiah, wanita berlatar belakangkan usahawan, antara ciri-ciri idaman disebut Shuib ketika diasak dengan soalan calon isteri yang baru.

Bagaikan dapat mencium perhubungan tersebut, netizen pantas mengesan persamaan tema pakaian yang dikenakan Shuib dan Watie sewaktu menghadiri  2 konsert artis terkenal, Anuar Zain dan Dewa 19 yang berlansung baru-baru ini.

Ianya turut dikongsikan seorang pengguna media sosial di laman Tik Toknya.

@farahana2506

betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu

♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

Netizen yang masih tidak berpuas hati terus berusaha keras mencari maklumat pemunya nama Watie Hanifiah ini. Selepas di ‘google’, netizen seakan tidak percaya gambar yang terkeluar di paparan carian.

Hampir kebanyakan gambar menggunakan nama kekunci Watie Hanifiah memaparkan gambar-gambar panasnya beraksi dengan kostum mencolok mata.

Ketika meninjau laman Instagramnya pula, paparan gambarnya menunjukkan gambar terbaru Watie yang jauh lebih sopan dan sudah pun mula mengenakan hijab.

Kredit gambar – MStar

Namun sehingga berita ditulis, masih tiada penafian dibuat daripada kedua-dua belah pihak.

Apapun yang bakal berlaku selanjutnya, netizen tetap memberikan sokongan terhadap ayah kepada 4 cahaya mata itu. Malah turut menitipkan doa agar hubungan Shuib akan beroleh kesudahan yang baik daripada ALLAH SWT.