Puad Zarkashi dedah punca 10 MP tarik semula sokongan terhadap Muhyiddin

Puad Zarkashi dedah punca 10 MP tarik semula sokongan terhadap Muhyiddin

KENAPA 10 MP BN TARIK DIRI?

Muhyiddin cabar Anwar supaya membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri. Abah masih tidak puas hati lagi? Macam mencabar YDP Agong pula.

Tetapi PM akan bawa usul kerajaan di sidang Parlimen 19 Disember akan datang. Ia akan tentukan keabsahan “simple majority” Anwar sebagai PM.

Apa yang mengejutkan, Muhyiddin dedah ada 10 MP BN buat SD sokong dia jadi PM ke 10. Viral nama 10 MP BN termasuk Hishamuddin.

Tetapi 10 MP BN (6 MP UMNO) itu sudah tarik diri daripada sokong Muhyiddin melalui SD baru. Kalau tolak 10, maka 115 orang yang sokong Muhyiddin kini tinggal 105 MP sahaja.

Kenapa 10 MP BN itu tarik diri? 10 MP BN itu lupa mereka sudah sign SD di hadapan Zahid dan Pesuruhjaya sumpah ketika setuju jadi calon.

Antara lain SD No 3 “Akuan Penetapan Ketua Kerajaan” itu menyebut mereka setuju beri mandat kepada pemimpin utama parti merundingkan pembentukan kerajaan selepas PRU.

Kedua, mengikut Bahagian Ke 2 Seksyen 193 Kanun Keseksaan Akta (574) mereka boleh dipenjara sampai 3 tahun dan denda jika membuat SD lain. Sebab itu mereka tarik diri.

Akibatnya “scheme of thing” Muhyiddin gagal. Apakah kini giliran Muhyiddin jadi PM tepi?

Sumber – FB DrPuad Zarkashi