Timbalan Mursyidul Am Pas luah hasrat utk kembali semula ke pangkuan UMNO

Timbalan Mursyidul Am Pas luah hasrat utk kembali semula ke pangkuan UMNO

Timbalan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan tampil membuat kejutan apabila memberi bayangan bakal meninggalkan rakan gabungannya di dalam Perikatan Nasional sedikit masa lagi.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi sewaktu mengikuti rombongan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi ke Kelantan meninjau situasi banjir di sana baru-baru ini.

Asyraf dalam perkongsian mengenai perkara tersebut di FB miliknya mengakui telah didatangi Ahmad Yaakob menyatakan hasrat untuk berpakat semula dengan UMNO seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Di Pasir Puteh kelmarin, semua kepimpinan PAS kawasan hadir termasuk Menteri Besar YAB Dato’ Ahmad Yakob, YB Mumtaz Md Nawi Official, YB Ustaz Dr Nik Zawawi Bin Salleh dan ADUN-ADUN bersama Kepimpinan UMNO Kelantan dan Pasir Puteh termasuk Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Zawawi Othman untuk mengiringi YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menziarahi mangsa-mangsa banjir di PPS SK Jelor Pasir Puteh.

Bisik YAB MB Kelantan kepada saya, “Doktor, insyaAllah satu hari nanti kita pakat semula”. Saya jawab, “InsyaAllah, berbeza parti tidak bermakna putus ukhuwwah Islamiah”.

Teringat sebuah Athar daripada Saidina Ali yang pernah berpesan:

‎أحْبِبْ حبيبَكَ هوْنًا ما ، عَسَى أنْ يَكونَ بَغيضَكَ يومًا ما ، و أبْغِضْ بغيضَكَ هوْنًا ما ، عَسَى أنْ يكونَ حبيبَكَ يومًا مَا

“Sayangilah kekasihmu sesederhana mungkin, kerana mungkin kekasih yang disayangi itu boleh menjadi musuh yang kamu benci. Bencilah musuhmu sesederhana mungkin, kerana mungkin musuh yang kamu benci itu boleh menjadi kekasihmu yang kamu sayangi” (Imam Bukhari, Adaabul Mufrad)

#TetapBersaudara
#Ukhuwwah
#IslamMelangkauiParti
#KerajaanPerpaduanUmmah
#HidupKuMilikUmmah

Meninjau galeri gambar yang disertakan Asraf, tiada kelihatan kelibat Ahli Parlimen dan pemimpin utama Bersatu hadir menyambut kunjungan rasmi Zahid selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat itu.

Ini sekaligus membuktikan desas-desus berlakunya ketegangan di dalam Perikatan Nasional selepas isu lantikan Ketua Pembangkang yang dituntut Pas selaku pemegang jumlah kerusi paling banyak di dalam PN tidak dilayan Muhyiddin.

Sementara itu, meninjau di bahagian komen hantaran Asyraf, rata-rata pengunjung positif dengan penyatuan semula kedua-dua parti terbesar mewakili kaum Melayu itu.