Didakwa cederakan dua individu, pengasas produk kosmetik diheret ke mahkamah

Didakwa cederakan dua individu, pengasas produk kosmetik diheret ke mahkamah

 

Tempoh hari, seorang pengasas kecantikan dikenali sebagai Ayunie sempat tular apabila turut terkesan dalam bencana banjir yang melanda negeri Kelantan. Dalam keadaan sedang bercuti bersama seisi keluarga di Indonesia, masing-masing meluahkan rasa resah apabila kenderaan mewah jenis Lamborghini yang pernah menjadi perhatian sebelum ini hampir tenggelam.

Usahawan dan suami masing-masing dihadapkan di mahkamah

Terbaru menerusi portal Harian Metro, usahawan wanita tersebut Anes Ayunie Osman, suami Ahmad Weldan Zulkifli, rakan Nur Farhana Ismail serta dua orang lagi telah pun dihadapkan di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Kelima-lima individu tersebut telah pun dituduh mencederakan seorang wanita dan juga lelaki pada Julai tahun lalu.

Kredit Foto: Harian Metro

Peguam tertuduh minta wang ikat jamin dikurangkan dari 5 ribu ke 2 ribu ringgit seorang

Menerusi pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mendatangkan kecederaan kepada An Nur Amani Nazifa Anuar sehingga menyebabkan kesan di kepala, tangan dan leher serta Mohamad Nurhisyam Afandi Mahadi di bahagian sama dan lutut sebelah kiri. Setelah itu, difahamkan Ahmad Adha Amir selaku peguam tertuduh telah pun memohon mahkamah untuk benarkan anak guam diberi jaminan rendah kerana nilai asal adalah sangat tinggi. Mahkamah akhirnya mengizinkan masing-masing diikat jamin sebanyak 2 ribu ringgit seorang dengan seorang penjamin.

Semoga Allah bagi pengajaran setimpal pada manusia-manusia yang telah menganiayaku

Masing-masing hadir ke ruangan mahkamah berkenaan dengan mengenakan jubah berwarna hitam. Menjengah ke akaun Instagram pula, kedua-dua usahawan tersebut dilihat memuat naik posting berharap pengajaran setimpal dapat diberikan kepada individu yang telah menganiaya mereka.