Dakwa bekas suami aniaya, beri daging lembu tapi sebenarnya babi

Dakwa bekas suami aniaya, beri daging lembu tapi sebenarnya babi

 

Tular di media sosial Facebook baru-baru ini apabila seorang wanita mendakwa bekas suaminya telah bertindak menganiaya mereka anak beranak kerana membelikan bahan mentah masakan berupa daging babi.

Wanita yang dikenali sebagai Cekta Hermosa itu menulis panjang lebar di laman Facebook miliknya di mana dia meluahkan rasa bimbang setelah anaknya memasak daging seperti daging lembu namun berasa was-was setelah ia masak.

Facebook

Katanya, dia tidak mahu cepat melatah ataupun mahu menuduh bekas suami, pihak penjual atau mana-mana pihak namun berasa yakin daging tersebut bukanlah daging lembu tetapi daging babi.

Saya tanya beberapa kenalan Cina dan semua jawapan yang diberi mengatakan itu adalah daging babi. Mereka larang kami supaya jangan makan.

Wanita itu juga ada mendapatkan penjelasan daripada bekas suami dan lelaki itu memaklumkan bahawa daging berkenaan dibeli di sebuah pasar basah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

daging babi

Facebook

Malah, bekas suaminya didakwa bertindak memaki dan memarahi anak-anak kerana mengadu mengenai daging itu kepada wanita terbabit.

Anak-anak kata papa mereka maki hamun sebab beritahu mama. Dia kata anak-anak bodoh apabila tuduh dengan mengatakan itu adalah daging babi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat yang kebanyakannya yakin daging berkenaan bukanlah daging lembu seperti yang disangka.

Wanita itu juga menggesa agar pihak KPDN segera menjalankan siasatan di pasar basah berkenaan agar tidak berlaku percampuran antara penjualan daging lembu dan babi.