Baru pertama kali cuba Ramly Burger, ini reaksi Vlogger dari UK
Bulan lalu, seorang Vlogger yang berasal daripada UK telah melawat ke Malaysia untuk bercuti dan merasa makanan-makanan tempatan yang ada di Malaysia.
Vlogger yang bernama Heli tersebut telah mencuba salah satu burger terbaik yang pernah dihasilkan oleh tamadun manusia iaitu burger Ramly.
Berdasarkan videonya, Heli menginap di salah sebuah hotel di bandar KL, dan dia diberitahu terdapat tempat burger terbaik berhampiran tempat tinggalnya.
Sebaik tiba di kedai burger tersebut, beliau kelihatan terkejut kerana sudah ada beberapa pelanggan yang sudah beratur, dan menunggu pesanan mereka selama kira-kira 40 minit.
Dia menempah burger daging yang disertakan ddnhan keju, mayonis, sos berbeku dan perasa lain yang berharga RM10.
Kelihatan beliau teruja pada suapan pertama, “Daging lembu, sangat berair. Sosnya, manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka, kawan.”
Beliau jelas menikmati Ramly Burger sambil memberikan tanda suka kepada kepada penjual gerai burger itu dan berkata “bos, burger sedap”.