Gempar!!! Adik Timbalan Menteri Wilayah broker beli MP PH

Gempar!!! Adik Timbalan Menteri Wilayah broker beli MP PH

Tular sekeping foto yang membuktikan dakwaan MP Sekijang, Natrah Ismail bahawa ada cubaan membeli sokongannya daripada PH kepada PN hari ini.

Individu tersebut dikenali sebagai Dato’ Jeevan. Lebih menggemparkan,  individu tersebut merupakan adik kepada Timbalan Menteri Wilayah yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Menurut Natrah, dia telah dikunjunhi oleh 2 individu, dimana salah seorang dari mereka berpangkat ‘Datuk Seri’ dan ditanya apakah dia berminat untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, serta manfaat yang boleh diperolehi dengan pemberian sokongan tersebut.

Namun Natrah mengambil sikap menolak tawaran tersebut dan kekal dengan prinsipnya untuk terus mendukung semangat perjuangan reformasi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada 27 Feb lalu mendakwa wujud langkah terancang oleh pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama ahli-ahli parlimen pembangkang termasuk dari kalangan PKR.