Minta izin isteri kahwin dua, Ina Naim bagi ‘setepek’ ayat pada Suhaimi Saad

Minta izin isteri kahwin dua, Ina Naim bagi ‘setepek’ ayat pada Suhaimi Saad

 

Gara-gara kontroversi pengarah Syamsul Yusof mempunyai dua isteri, penyanyi nasyid Suhaimi Saad turut menyatakan hasrat kononnya mahu berkahwin lagi.

Menerusi satu muat naik video di aplikasi TikTok, penyanyi berusia 42 tahun itu dengan berani bertanyakan mengenai hasrat tersebut kepada isterinya Ina Naim baru-baru ini.

Nak kahwin lagi!

@abuehmad

nak kawin lagi #suhaimisaad #inanaim #fypシ

♬ original sound – Suhaimi Saad – Suhaimi Saad

“Ina, nak tanya ni. Kalau abang menikah sorang lagi.. la jeling buat apa? Syamsul Yusof tu okay je,” kata bekas ahli kumpulan Inteam itu.

Walau bagaimanapun, Suhaimi mendapat jelingan maut sebelum isterinya memberi ‘hujahan’ membandingkan kelayakan penyanyi tersebut dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Ina mempersoalkan apa dimiliki suaminya berbanding Syamsul yang mempunyai kekayaan sekali gus mampu untuk berpoligami serta berlaku adil terhadap isteri-isteri.

@abuehmad

#kljap

♬ SWIPE – ALYPH

 

 

@abuehmad

Tolabul ‘ilmi faridhotun ‘ala kulli muslimin wa muslimah #fypシ

♬ Allahul Kaafi – Aishwa Nahla Karnadi & Abi Nahla & Qeisya Nahla

“Abang, Syamsul tu kaya, pak dia pun kaya raya. Rumah besar, kereta besar. Abang apa yang ada? Hidung je besar,” kata Ina.

Video berdurasi 28 saat itu meraih 752,500 tontonan dan lebih 700 komen netizen yang rata-rata terhibur dengan ayat ‘setepek‘ diberikan Ina terhadap suaminya.

Namun, tidak kurang ada juga segelintir individu mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

Nampak bahagia rumah tangga diorang ni

Setepek! Bab ni kita sokong

Moga kekal bahagia

Ayat dia betul!

Macam dialog filem

Betul, kalau mampu kahwin la

Untuk rekod, Suhaimi dan Ina berkahwin pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.