Ini bukan tutup aurat, tapi bungkus aurat ya adik-adik sekalian

Ini bukan tutup aurat, tapi bungkus aurat ya adik-adik sekalian

 

Alhamdulillah, didapati kini kesedaran di kalangan golongan wanita untuk menutup aurat di negara kita semakin meningkat terutama sekali di kalangan remaja dan artis-artis muda.

Walaupun berpakaian lebih sopan serta secara umumnya masih lagi tidak mendedahkan aurat, namun amat mendukacitakan apabila segelintir dari mereka didapati masih lagi berfesyen menjolok mata.

Perkara ini telah mendapat perhatian seorang dekan di sebuah universiti, Liyana Nazli di Facebooknya berikut yang berpendapat fesyen seperti ini agak kurang sesuai diperagakan oleh seorang muslimah sejati.

Semoga teguran dari beliau ini dapat direnungkan bersama oleh anak-anak gadis dan golongan wanita di luar sana.

Aurat

Ini bukan menutup aurat ya adik-adik sekalian. Ini membungkus aurat. Jangan duk ikut. Nak berfesyen tu boleh tapi tolonglah masih dalam garis syariat yang ditetapkan.

“Dan wanita yang berpakaian, tetapi bertelanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain cenderung kepada kemaksiatan.”  (Hadis Riwayat Muslim 2128)

Nak tegur retis ni dah berlambak orang tegur dia di ruang komen. Lagi galak dia buat adalah. Maka biorkanlah dia bermain-main dengan dunia. Kita tegurlah adik-adik yang lain in case teringin nak ikut gaya pemakaiannya.

Ini TIDAK BOLEH ya adik-adik. Pakaian kena dilonggarkan.

Sekian pesan khidmat masyarakat.