Kenapa keluarga Puteri Sarah tak lantang bersuara akhirnya terjawab, bukan ‘calang-calang’
Pelakon dan model bernama Puteri Sarah Liyana ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki pakej serba lengkap, bijak, berdikari dan jelita, selebriti ini menjadi bualan hangat netizen selepas kemelut rumahtangganya bersama Syamsul Yusof yang masih belum selesai.
Isu ini menjadi semakin panas apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof sendiri akui sudah bernikah dengan anak pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Kisah rumahtangga ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah ibu dan bapa Syamsul Yusof juga pernah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenainya.
Kerjaya profesional keluarga Puteri Sarah membataskan…
Namun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa dari pihak keluarga Puteri Sarah tiada siapa pun yang tampil mewakili mengulas mengenai krisis rumahtangga selebriti ini. Umum sedia tahu kerana Puteri Sarah sering memberitahu ibu bapa dan keluarganya mengetahui setiap keputusan yang dibuat oleh pelakon tersebut.
Memetik laporan Kosmo! Puteri Sarah memberitahu yang keluarganya terutama ibu bapa tidak lantang bersuara di sosial media mengenai perihal kemelut rumahtangganya kerana faktor kerjaya yang terlibat dalam bidang profesional.
“Selama ini orang tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh berdepan,” kata Puteri Sarah.
Adik seorang doktor
Menerusi laporan itu juga, selebriti ini turut memperkenalkan ahli keluarga Puteri Sarah yang menemaninya ke Mahkamah Syariah pada Isnin.
Dua adik-beradik yang menemani Puteri Sarah itu adalah Puteri Sofia seorang doktor dan Megat Imran, bekerjaya sebagai seorang konsultan pengurusan material.
“Profesion tersebut membuatkan mereka tidak boleh lantang bersuara seperti pihak belah sana. Tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir beri sokongan,” jelas Sarah.