Dr Mashitah beri pandangan isu poligami, “Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan”

Dr Mashitah beri pandangan isu poligami, “Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan”

 

Isu poligami masih lagi rancak menjadi bualan di media sosial walaupun sudah hampir sebulan pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengaku sudah berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Susulan itu, ramai pihak mula bersuara dengan menyatakan pandangan masing-masing dengan mengatakan tidak salah sekiranya kaum lelaki mahu berkahwin lagi jika hendak dibiarkan mereka bergelumang dengan maksiat.

Dr Mashitah ulas isu poligami

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, fahaman ‘poligami’ orang segelintir pihak yang menganggap ia adalah sunnah dalam Islam adalah kurang tepat.

Poligami dalam makna kata sebenar adalah dibenarkan dengan syarat tidak berlakunya sebarang penganiayaan kepada pihak terlibat.

Ceritanya lagi, poligami itu sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat sebelum datangnya Islam dengan memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penganiayaan yang berlaku dalam komuniti.

“Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak suruh pun poligami. Sewaktu Islam datang, poligami itu sudah pun menjadi budaya kepada masyarakat ketika itu.
“Jadi, bila Islam datang, apa yang Islam buat? Islam mengawal poligami ini melalui undang-undang dan membetulkan poligami ini serta membataskan.
“Jangan kita sebut kata, asalkan Islam saja, orang fikir sunnahnya adalah poligami. Tak! Masa Islam datang, poligami dah pun ada. Islam datang dah betulkan. Bagaimana? Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan,”ujarnya.
@drmashitah_official

Jangan salah faham. Kenal agama kita. #dmi #makteh #fyp #hello2023

♬ original sound – Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim – Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim

Islam juga bataskan tak boleh kahwin lebih daripada empat

Tambahnya, tuntutan dalam Islam juga meletakkan batasan di mana kaum lelaki tidak boleh berkahwin lebih daripada empat.

“Islam bataskan tak boleh kahwin lebih daripada empat. Islam juga mengawal melalui undang-undang supaya tidak ada penganiyaan.
“Sebab itu kita tengok bila ayat yang bercakap tentang poligami ini, dia bercakap dulu tentang anak-anak yatim supaya tidak ada penzaliman,”jelasnya.

Poligami bukan ubat bagi atasi maslaah

Dalam pada itu, figura kelahiran negeri jelapang padi turut mengingatkan golongan lelaki untuk tidak menganggap poligami sebagai hak mutlak bagi mengatasi sesuatu masalah.

“Islam datang dan mengambil poligami ini sebagai kelonggaran dalam sebuah perkahwinan yang memerlukan poligami ini.
“Kita anggaplah poligami ini macam satu ubat bagi keluarga yang ada masalah. Jadi keluarga yang tidak ada masalah ini, makan ubat buat apa. Kalau kita masih sihat tapi makan ubat, itu namanya cari penyakit,”katanya.