“Barang dah takde nyah” – Disuruh taubat & jadi lelaki semula, Sajat pertikai
Umum mengetahui jantina usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sebenarnya adalah seorang lelaki dengan sebelum menukar kepada wanita dengan membawa gelaran Nur Sajat.
Dan, ramai juga tahu usahawan berusia 38 tahun itu kini menetap di Australia setelah melarikan diri dari Malaysia selepas pihak Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap susulan gagal hadir pada sebutan kes tanpa sebab pada 23 Februari tahun lalu.
Malah, sejak usahawan produk ‘bengkung’ itu menetap di negara orang, dia kini mendekatkan diri dengan pengikut menerusi laman TikTok miliknya apabila rajin membuat sesi siaran langsung.
Minta Sajat balik dan bertaubat jadi lelaki…
Terbaharu, tular sebuah video pendek di aplikasi TikTok yang dirakam dan dikongsikan semula apabila netizen memujuk Sajat untuk pulang ke tanah air selain kembali bertaubat.
“Ada orang mesej aku semata-mata cakap ‘baliklah Jat (Sajat) pastu taubat kembali ke fitrah sebenar,”ujarnya.
Macam mana nak taubat, dah potong ‘kemaluan lelaki’
Seperti tidak kisah dengan nasihat yang diberikan oleh netizen, Sajat mempersoalkan semula untuk apa dia bertaubat dan kembali menjadi lelaki semula.
Katanya, fizikal dirinya sudah seratus peratus menjadi perempuan termasuk sudah tidak mempunyai ‘bebird’ seperti mana lelaki lain ada.
“Taubat macam mana nyah, ‘barang’ dah tak ada,”ujar Sajat.
Bukan aku madukan isteri tapi isteri madukan aku..
Dalam masa sama, Sajat sempat berseloroh dengan mengatakan dia tidak boleh berkahwin dengan wanita kerana tidak memiliki sifat yang cukup seperti lelaki lain.
Selorohnya, jika dia berkahwin sekalipun, berkemungkinan ‘isterinya’ akan mencari ‘madu’ lain dan menjadikan dirinya sebagai suami pertama.
“Bukan aku yang madukan orang, tapi perempuan tu yang madukan aku.
“Disebabkan kau dah potong, kau dah tak ada benda tu, aku terpaksa kahwin dengan Johan (contoh), kau suami pertama aku, Johan suami kedua aku,”ujarnya.
@jen.rjane Kan,,Terbalik pulak, Sajat yg kena 🍯 sebab barang takde😂😂 adoi berdekah… . @nursajat85 @NURSAJAT LEGACY COSMETIC AU . #nursajat85 #nursajat #sajat #sajatlive #sajatvideo #sajatfunny #fypシ #foryoupage
Malah, dia turut berseloroh dengan mengaitkan punca sebenar dimadukan bukanlah kerana mempunyai saiz alat sulit lelaki yang kecil atau tidak ‘up’, sebaliknya tiada langsung.
Apa-apa pun, didoakan semoga Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kembali ke fitrah semula walaupun tanpa sifat yang sempurna sebagai seorang lelaki. Kita tidak tahu pengakhiran hidup masing-masing macam mana, jadi diharap agar usahawan ‘transgeder’ sensasi ini sempat bertaubat.