Individu ini beri 10 sebab kenapa kerajaan perlu hapus monopoli Touch n Go
Tidak dapat dinafikan setiap hari pasti ada sahaja rungutan di kalangan orang ramai berhubung penggunan kad Touch ‘n Go (TNG).
Meskipun sudah lama diguna pakai, sistem Touch ‘n Go masih disifatkan tidak cekap hingga ramai mula mempersoalkan tujuan utama penggunaannya yang sepatutnya memudahkan urusan harian rakyat Malaysia.
Terbaharu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kota Buku, Mutalib Uthman tampil menyuarakan menyuarakan ketidapuasan hati terhadap sistem TNG.
Malah bekas calon Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) bagi Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dengan lantangnya mencadangkan agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menghapuskan monopoli syarikat terbabit.
Menerusi satu bebenang di Twitter, Mutalib menyenaraikan 10 sebab mengapa kerajaan wajib berbuat sedemikian.
Antaranya adalah isu tambah nilai yang kurang efisien, terdapat caj tambahan sewaktu melakukan tambah nilai selain masalah kad Touch ‘n Go NFC yang sering kehabisan stok.
Di bawah kami kongsikan semua 10 sebab yang senaraikan Mutalib:
- Buat lorong RFID untuk melancarkan trafik tapi lorong RFID paling jem. Lorong RFID ini pula sensornya bermasalah dan lambat detect. Kena undur 3-4 kali baru lepas.
- Kad Touch n Go versi lama tak boleh top up online.
- Highway PLUS tak boleh pakai TnG eWallet. Highway lain sahaja boleh dan kenapa kat Highway ini boleh pakai TnG sahaja?
- Bila top up TnG eWallet, lepas 30 minit baru boleh guna (kes bayar Tol guna Smart Tag)
- Kad Touch n Go NFC slelalu tiada stok.
- Untuk topup kad TnG (versi lama) perlu pergi kaunter topup, kadang-kala servis offline. Bila ke kiosk layan diri, debit card/qrpay tak boleh guna. Topup di pam minyak, ada service charge 50sen.
- Bayar parking guna kad TnG ada surcharge 10%.
- Bila baki kurang, muka jurutol berubah, dan kita cakap “nak topup sini boleh tak?” “Tak boleh” jawabnya sambil menjeling. Jadi apa tujuan buka buka tol bahagian tep? Dah satu hal nak kena undur dan menyusahkan kereta lain di laluan. Kita bukannya tidak mahu top up, tapi sila rujuk pada perkara nombor 6.
- Nak topup kad TnG versi lama kat stesen minyak tak boleh pakai kad atau QR Pay, kena pakai cash. Hidup zaman ni siapa yang bawa wang tunai banyak-banyak?
- Kalian harus tahu bahawa setiap Kad TnG ada expired date dan nak refund sebab kad expired ini macam minta sedekah.
Perkongsian itu ternyata menarik perhatian pengguna media sosial di mana rata-rata dilihat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan Mutalib.
Ramai yang turut meminta pihak terlibat agar memandang serius isu ini demi kebaikan orang ramai.
Banyak-banyak monopoli, monopoli Touch n Go lah perkara nombor wahid, kerajaan perpaduan PMX @anwaribrahim WAJIB hapuskan.
Ayuh kita lihat betapa bangangnya Touch n Go ini: pic.twitter.com/lTHkWiiNR3
— Mutalib Uthman (@mutalibuthman) January 19, 2023
Berikut antara komen menarik yang diberikan pengguna Twitter: