Letak kicap acah bunuh diri demi pujuk isteri

Letak kicap acah bunuh diri demi pujuk isteri

 

Apabila isteri merajuk tentu sahaja sebagai suami anda akan berusaha untuk memujuk mereka agar hubungan menjadi tenang seperti biasa.

Mana tidaknya, rajuk kaum wanita ini jika dibiarkan berterusan mungkin boleh membuatkan anda tidak senang duduk selagi anda tidak menemui cara untuk memujuk mereka.

Lelaki cuba pujuk isteri sebelum pura-pura nak bunuh diri

Perkara ini sama seperti apa yang berlaku kepada seorang lelaki di Thailand. Namun dia bertindak lebih ekstrem apabila berlakon seolah-olah mahu membunuh diri demi memujuk isteri dan anaknya.

Menurut Kosmo yang dipetik dari Thaiger, lelaki yang dikenali sebagai Watchara itu tidak lagi duduk sebumbung dengan isterinya, Plakerana mempunyai masalah rumah tangga.

Watchara yang berusia 50 tahun itu tinggal di wilayah Chumphon dan isterinya pula di Pattaya.

Pergi ke Pattaya untuk pujuk isteri

Pada 15 Januari lalu, lelaki tersebut telah berkunjung ke Pattaya untuk berjumpa isterinya untuk memujuk hati wanita dan anak lelaki mereka tetapi mendapati dua beranak itu tidak ada di rumah.

Lelaki itu kemudian cuba menghubungi isterinya yang berusia 40 tahun itu namun wanita itu enggan bersama dengannya lagi.

Pura-pura nak bunuh diri dengan letak kicap pada pisau

Mungkin tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Watchara kemudian bertindak menuang kicap pada sebilah pisau dan mengambil swafoto dengan meletakkan senjata itu dilehernya.

Watchara kemudian menghantar gambar tersebut kepada anak lelakinya, dia kemudian memberitahu ibu berhubung hantaran yang diterima dari bapanya itu.

Pla segera melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Polis kemudian datang bersama paramedik ke rumah Watchara sebelum dia mengaku ia hanyalah lakonannya sahaja.

Polis lalu memberikan amaran kepadanya agar tidak mengulangi perkara tersebut.