Tanda-tanda lelaki suka pada perempuan, ini fakta ye!

Tanda-tanda lelaki suka pada perempuan, ini fakta ye!

 

Apa tanda lelaki suka kita?

Inilah antara soalan yang selalu orang perempuan fikirkan. Kadang-kadang boleh sampai overthink sebab bukan senang nak baca isi hati orang.

Selalunya kita keliru sebab lelaki ni suka bagi signal yang bercampur baur. Signal yang mengelirukan kebanyakan masa bila apa yang dia kata tak sama dengan perbuatan yang dia tunjukkan.

Kebiasaannya pula kata-kata lelaki tak boleh pakai… (ehm, betul ke?) Sebab tu kita kena kenal tanda lelaki suka kita.

Di sini kami kongsikan beberapa tanda lelaki suka kita (perempuan) berdasarkan kata pakar psikologi.

7 TANDA LELAKI SUKA KITA (MENURUT KATA PAKAR PSIKOLOGI)

Bahasa tubuh memang susah untuk dibuat-buat. Menurut Psychology Today, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang berminat dengan kita yang boleh kita perhatikan.

Antaranya:

1. EYE CONTACT

Bila dia bercakap dengan kita, secara semulajadi dia akan cenderung untuk menumpukan pandangan pada kita.

Ini kerana secara semulajadinya seseorang akan melihat orang yang mereka sukai dan mengelakkan melihat orang yang tidak mereka sukai.

Oksitosin neurokimia mungkin bertanggungjawab untuk meningkatkan ‘eye contact’ dan memberikan rasa bahagia. Nak tahu tak, oksitosin juga meningkatkan pelebaran mata hitam seseorang, yang menunjukkan minat mereka pada kita.

Wow! Mata memang tak boleh menipu kan?

2. DIA AKAN CARI JALAN MENDEKATI KITA

Selain pandangan mata, tanda lelaki suka kita juga adalah dia akan cuba mendekatkan dirinya dengan kita.

Bukan saja dia akan sentiasa tersenyum bila dengan kita, tapi tengok juga pada bahasa tubuhnya.

Senyuman yang dibuat-buat pun tak akan kekal lama kalau dipaksa.

Tapi ingat, kalau betul dia kisah pasal kita, dia takkan dekati kita dengan cara yang creepy atau buat kita rasa tak selesa ok!

3. DIA AKAN HUBUNGI KITA DULU

Kalau betul lelaki tu suka dekat kita, dengan usaha dia sendiri dia akan call atau text kita.

Memang sifat lelaki untuk mulakan sesuatu ada matlamat.

Dia contact kita bukan suka-suka nak borak, tapi dia ada niat untuk mulakan hubungan dengan kita.

Tapi kena tengok keadaan jugalah, dan cuba tengok hala tuju perbualan tu ke arah mana ya!

4. DIA AKAN BAWA KITA JUMPA KELUARGANYA

Lelaki bila bertujuan nak berkenalan dengan kita lebih dekat, dia bukan saja akan tunjukkan effort untuk contact kita, tapi dia juga akan plan sesuatu untuk berjumpa dengan kita.

Dalam plan tu dia juga akan consider kegemaran kita supaya dapat luangkan masa buat benda yang disukai bersama.

Tapi, lelaki yang betul-betul sukakan kita, dia akan bawa kita berjumpa keluarganya, termasuklah dalam majlis-majlis atau kenduri yang melibatkan saudara-mara dia sahaja.

Ini kerana, dia berminat nak menjadikan kita sebahagian daripada keluarganya nanti… Awwhhh!

5. DIA INGAT SEGALA BENDA YANG KITA BERITAHU DIA

Lelaki yang suka kita bukan saja suka dengar celoteh kita, tapi dia juga boleh mengingat perkara kecil dan remeh yang kita pernah beritahu dia.

Jurulatih Terapi Perhubungan, Azaria Menezes berkata, apabila seseorang betul-betul suka dengan kita, dia akan rasa ingin tahu dengan kehidupan peribadi kita.

Sebab itulah dia takkan biarkan perbualan tergantung dan akan ingat details tentang diri kita. Dia takkan komen kalau dengar luahan hari buruk kita, malah siap bagi kata-kata semangat lagi.

6. DIA TAKKAN ASYIK LAYAN PHONE BILA DENGAN KITA

Kita pasti akan rasa best bila kita lepak dengan orang yang kita suka.

So, salah satu tanda lelaki suka kita ialah dia taknak moment yang best ni berlalu dengan cepat.

Of courselah dia tak akan layan phone je bila dengan kita.

Kita sendiri pun boleh baca body language dia bila dia ada dengan kita.

Kalau dia asyik tengok phone dan tak fokus pada kita, faham-faham jelah mesti ada yang tak kena.

7. DIA AKAN TUNJUKKAN BENDA YANG DIA MINAT

Bila kita disamping lelaki yang sesuai dengan kita, kita tak perlu berpura-pura dan boleh jadi diri sendiri. Begitu juga dengan dia.

Dia akan tunjukkan kita apa hobinya, lagu kegemarannya, makanan favouritenya dan macam-macam lagi.

Ini kerana, kalau boleh dia nak berkongsi apa yang dia suka dengan kita.

Bila dia dengan kawan-kawan lain, mungkin dia akan maintain macho atau cepat melenting. Tapi bila dia dengan kita, dia berkelakuan lebih baik dan berlembut. Ini juga mungkin salah satu cara untuk menunjukkan perasaan dia pada kita.

YANG PENTING, KITA & DIA SELESA JADI DIRI SENDIRI

Mungkin bila seorang lelaki mula dekati kita, kita buat tak layan je sebab kita taknak salah anggap atau cuma nak berkawan saja.

Tapi lelaki yang suka pada kita takkan putus asa kecuali kita dah bagi tanda yang jelas yang kita tak berminat pada dia.

Dia tetap akan tunjukkan usaha untuk mendekati kita sampai kita nampak niat dia untuk jadi lebih dari sekadar kawan.

Yang penting, kita dan dia kenalah selesa untuk jadi diri sendiri semasa luangkan waktu bersama.

Rasanya tak perlu bersusah untuk buatkan seseorang suka dekat kita.

Kalau dia betul suka, dia akan suka apa saja tentang kita.

Lagipun, naluri wanita kita sendiri biasanya dapat merasakan sama ada dia betul-betul minat pada kita.

Tapi kalau takut tersilap langkah, cubalah ambil masa untuk mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu.

Take your time dan tak perlu rushing sangat ok!