Wanita jatuh hati pada suami orang sebab terlalu ‘caring’, rupanya ada plot twist lain
Perkongsian seorang wanita secara anonymous di Twitter baru-baru ini mengejutkan netizen terutamanya pengguna aplikasi tersebut selepas luahan perasaan tersebut dilihat agak keterlaluan.
Simpan perasaan pada rakan sekerja, tapi…
Ini kerana, wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia mempunyai perasaan terhadap rakan sekerjanya di pejabat tetapi lelaki tersebut merupakan seorang suami orang hanya kerana dia bersikap ‘caring‘.
Aku crush kat sorang lelaki kat office aku kerja sekarang. Dia ni soft spoken, bijak, lepastu handsome. Masalahnya, dia suami orang tau.
Ujar wanita itu lagi, dia sukar untuk membuang rasa suka terhadap lelaki berkenaan malah semakin susah untuk melupakan kerana perasaan rindu semakin kuat setiap kali dia cuba berbuat demikian.
Kerap bertegur lepas dah jadi rakan satu jabatan
Bukan itu saja, keadaan semakin menjadi sukar buat dirinya selepas lelaki berkenaan dipindahkan ke jabatan yang sama dengan wanita tersebut menyebabkan mereka kerap bertegur di pejabat.
Sekarang ni pula, kitorang dah jadi satu department. Lepas tu dia akan tegur; “Dah makan?”, “Sihat?”, “Kalau penat pergilah tidur dulu kat surau”. Dia memang caring macam tu.
Lebih mengejutkan, wanita tersebut turut mendedahkan satu perkara lain yang mana dirinya merupakan seorang isteri dan mengeluh bahawa suaminya tidak bersikap seperti rakan sekerjanya itu walaupun berada di rumah.
Di hujung luahannya itu, dia mengatakan bahawa mereka berdua kerap berkongsi cerita peribadi masing-masing malah ada satu ketika lelaki tersebut pernah tunjukkan gambar bayinya kepada wanita berkenaan menjadikan dia cemburu dengan isteri kepada rakannya itu.