Tengah lepak di kedai mamak tiba-tiba Datin Zalina Zaini muncul, individu buka cerita sebenar Fyna Jebat kena serang

Tengah lepak di kedai mamak tiba-tiba Datin Zalina Zaini muncul, individu buka cerita sebenar Fyna Jebat kena serang

 

Menurut laporan, penyanyi Fyna Jebat, yang dipercayai isteri kedua Datuk Zainal Abidin Hassan, bergaduh pada pagi Isnin bersama madunya yang juga bekas bintang bola sepak kebangsaan terkenal era 1980-an dan 1990-an.

Insiden itu berlaku ketika Fyna dikatakan mengunjungi sebuah kedai makan mamak di Seksyen 9, Shah Alam.

Sumber mendakwa bahawa kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

“Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama.

“Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana isteri pertama berang disindir oleh madunya dalam satu program rancangan realiti televisyen.

Mohd Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati isteri pertama jurulatih berkenaan berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh isteri kedua suaminya.

“Siasatan mendapati isteri pertama berasa tersindir dengan kenyataan yang dikeluarkan isteri kedua dalam sebuah rancangan realiti televisyen,”katanya.

Katanya lagi, kedua-dua wanita berkenaan turut menarik rambut sesama mereka dan pertengkaran yang berlaku di dalam restoran juga dibawa sehingga ke bahagian luar.

“Pertengkaran di dalam restoran tersebut kemudiannya membawa sehingga bahagian luar restoran.
“Setakat ini tiga individu termasuk suami kepada kedua-dua wanita itu telah dipanggil bagi dirakam percakapan berhubung kejadian,” katanya.

Iqbal mendakwa kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan 160 Kanun Jenayah (mengganggu keamanan) (kelakuan tidak senonoh di tempat awam).

Bagaimanapun, panggilan kepada Zainal dan Fyna tidak terjawab menyebabkan cubaan mStar untuk berhubung dengan mereka tidak berhasil.

Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, sebelum ini mengumumkan sudah berkahwin dengan bekas jurulatih Pahang FC itu yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Fyna meminta orang ramai berdoa untuk kebahagiaan mereka walaupun dia enggan bercakap apa-apa mengenai perkahwinan itu.