Mulut suami berbau, isteri terpaksa pakai pelitup muka dua lapis semasa tidur

Mulut suami berbau, isteri terpaksa pakai pelitup muka dua lapis semasa tidur

 

Kalau diikutkan alahan wanita mengandung ini sangat banyak malah ada juga yang pelik seperti tidak boleh dengan bau suami.

Malah ada yang tak boleh bau nasi yang sedang dimasak, busuk katanya. Terpaksalah masak nasi di rumah jiran untuk anak makan.

Seorang selebriti media sosial Indonesia, Lizzebeth mengalami masalah tidak boleh bau mulut suami serta anaknya, Clayton.

Dia berkongsi video di TikTok @lizzebethmua, untuk berkongsi alahan yang dialaminya dengan kehamilan kali ini.

Disebabkan alahan tersebut, dIa terpaksa memakai pelitup muka sebanyak dua lapis ketika tidur akibat sensitif dengan bau.

Elizabeth juga tidak boleh menghidu bau peti sejuk dan nasi yang sedang dimasak.

“Aku tidur pakai double mask (pelitup muka dua lapis). Tak tahan dengan bau mulut suami aku sebab bau bawang.

“Nak cium anak aku, Clayton pun tak boleh sebab dia pun bau bawang juga.

“Biasa kalau kita tidur kan ada tercungap-cungap nafas sikit. Aku tak boleh rasa nak pengsan dekat sebelah. Jadi lebih baik pakai mask,” katanya.

Warganet juga berkongsi mempunyai alahan yang serupa dihadapi Lizzebeth malah ada yang sampai paksa suami mandi banyak kali lagi.

“Anak lelaki dulu juga begini alahan yang saya alami,” komen Sherebratumakin.

“Saya ada alahan sepanjang sembilan bulan kehamilan, tak boleh makan nasi terpaksa tahan diri waktu itu,” komen Sulton.

“Waktu hamil anak ketiga jadi tak suka bau suami dan selalu paksa suami mandi setiap kali bau busuk, akhirnya anak pun terikut perangai bapanya,” komen pengguna TikTok, Inez.