Komen Dr Fadzillah Kamsah buat Puteri Sarah undang sebak netizen

Komen Dr Fadzillah Kamsah buat Puteri Sarah undang sebak netizen

 

Pelakon Puteri Sarah Liyana telah pun berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Pelakon itu turut membawa bersama dua anak kesayangannya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Di Instagram, Puteri Sarah berkongsi momen-momen terakhir pihak keluarga menghantar mereka di lapangan terbang.

Doa Tok Abah buat Puteri Sarah

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai mendoakan semoga perjalanan pergi dan balik Puteri Sarah serta anak-anak selamat. Mereka turut berharap pelakon ini dikurniakan umrah yang mabrur.

Antara komen yang menarik perhatian ramai adalah daripada pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

Komen itu mendapat lebih 13,000 tanda suka dan lebih 100 respon balas daripada para pengikut.

Pakar motivasi yang membahasakan diri sebagai Tok Abah itu menitipkan doa semoga perjalanan umrah anak beranak itu dipermudahkan. Katanya, semoga umrah kali ini memberi hikmah sebesar-besarnya buat Puteri Sarah yang diketahui kini berhadapan dengan ujian.

Beliau turut meninggalkan pesan supaya Puteri Sarah menghubunginya sebaik sahaja pulang ke tanah air nanti.

Terdahulu, Fadzilah Kamsah meluahkan rasa sebak melihat pengarah, Datuk Yusof Haslam menangis ketika ditemubual wartawan Melodi. Beliau memahami harapan seorang insan yang bergelar ayah mahu yang terbaik buat anak-anaknya.

Sekadar info, Puteri Sarah telah memfailkan tuntuan cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof di mana sebutan pertama kes akan berlangsung pada 7 Mac akan datang. Kemelut rumah tangga mereka semakin hangat diperkatakan selepas pengarah filem itu mengesahkan dia sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Ira Kazar.