Tangan kanan pegang telefon dicas, lelaki ditemui maut selepas tiga hari
Seorang lelaki Thailand yang tidak dapat dihubungi selama tiga hari ditemui mati dalam keadaan terbaring atas katil di biliknya.
Tidak hadir kerja selama tiga hari
Menurut laporan Mirror, mangsa, Puttawat Kamwan tidak hadir ke tempat kerjanya selama tiga hari dan membuatkan rakan kerjanya khuatir. Selepas itu, rakannya menemukan mayat mangsa di dalam posisi sedang memegang telefon bimbit ketika menziarahi rumah mangsa.
Mangsa tak datang kerja selama tiga hari dan tak dapat dihubungi. Jadi, selepas kerja, kami pergi ke biliknya dan mendapati pintu biliknya terbuka.
Kami masuk ke dalam bilik mangsa bersama pemilik rumah sebelum menemuinya dalam keadaan sebegitu.
Dalam pada itu, pemilik rumah tersebut menyatakan bahawa mangsa tinggal seorang diri dan kerap kali menyendiri di dalam bilik. Hal itu membuatkan pemilik rumah tidak terfikir sebarang kejadian aneh yang berlaku ke atasnya.
Mangsa dipercayai sering berehat di dalam bilik sambil minum minuman keras. Dengan ketiadaannya selama tiga hari itu membuatkan rakan-rakan beranggapan mangsa mengalami masalah kesihatan.
Punca kematian
Walau bagaimanapun, Pengawai Penyiasat Balai Polis Bang Phli, Pongnarin Nontanok mengesahkan tiada sebarang kesan serangan sebagai punca kematian.
Mangsa yang berusia 34 tahun itu terbaring di atas katilnya di mana tangan kanan menyentuh telefon yang sedang dicas.
Punca kes ini berkemungkinan besar daripada litar pintas.
Daripada bukti yang dikaji, mangsa dianggarkan telah meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari.
Punca kematian mangsa disahkan kerana renjatan elektrik dengan laporan bedah siasat di Hospital Ramathibodi Chakri Naruebodindra.