Cucu baru usia 11 bulan, Krisdayanti dah suap minum kopi

Cucu baru usia 11 bulan, Krisdayanti dah suap minum kopi

 

Sejak dapat ‘pangkat’ nenek tahun lepas, penyanyi tersohor Indonesia iaitu Krisdayanti seringkali berkongsi detik perkembangan cucu sulungnya. Bukan setakat tidak lokek memberi pelbagai jenis hadiah, dia juga sering manjakan bayi yang diberi nama Ameena Hanna Nur Atta tersebut.

Krisdayanti curi tumpuan…tiup & suapkan air kopi panas pada cucu

Walau bagaimanapun, baru-baru ini dia curi perhatian ramai apabila beri cucu kesayangannya itu air kopi. Menerusi video dimuat naik ke Instagram, awalnya Ameena dilihat teruja dapat bermain bersama neneknya. Tidak lama kemudian, Krisdayanti meniup minuman panas berkenaan sebelum disuapkan kepada bayi 11 bulan itu.

Bukan kali pertama bagi rasa…Ameena seolah-olah memang minat kopi

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama pelantun lagu ‘Cobalah Untuk Setia’ ini melakukannya. Sekitar bulan Oktober lalu, Krisdayanti pernah berikan cucunya merasa nikmat kopi juga. Meskipun rasanya tidaklah manis seperti minuman lain, tetapi Ameena seolah-olah amat menyukainya.

Anak bawah setahun tak boleh disuap kopi…tubuh mereka belum sesuai untuk serap kafein

Susulan perkongsian itu, ruangan komen Krisdayanti dihujani pelbagai reaksi netizen. Sesetengah ibu bapa kecam tindakannya, kerana dianggap masih terlalu awal untuk bayi disuap minuman tinggi kafein tersebut. Namun ada juga yang berpendapat, tidak salah untuk dibagi sekadar buat ‘rasa-rasa’ sahaja.

[VIDEO] Baru 11 Bulan, Krisdayanti Suap Kopi Pada Cucu – “Ameena Suka Minum”