Selepas ‘usik’ Wan Fayhsal, Armada label Najib penyamun

Selepas ‘usik’ Wan Fayhsal, Armada label Najib penyamun

Mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dilabel penyamun selepas beliau ‘kacau’ Ketua Armada Bersatu Malaysia, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Label penyamun itu dinyatakan oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) di laman Facebook rasmi mereka.

Ini selepas Najib yang merupakan pemimpin yang bersalah atas kesalahan jenayah mengingatkan Wan Fayhsal agar jangan melampau kerana rakyat sedang memerhati.

Najib mengulas kenyataan Wan Fahysal yang berkata, Perikatan Nasional terbukti punya kekuatan tersendiri biarpun setahun jagung.

Beliau juga berkata, Perikatan Nasional tidak dibebani dengan isu legasi, “trust deficit” kerana ia masih baru dan segar.

Kenyataan itu telah ditempelak oleh Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki sebelum disambung oleh Najib.