Bantuan RM200 E-Wallet untuk bulan Februari 2023

Bantuan RM200 E-Wallet untuk bulan Februari 2023

 

Bantuan e-wallet atau bantuan e-Pemula ini adalah inisiatif yang disedikan oleh pihak kerajaan setiap tahun bagi membantu mereka yang memerlukan. Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan insentif khas ini pada tahun 2023 dan kadar juga telah dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 pada tahun lalu.

Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan dan tidak ketinggalan bantuan sedia ada sebelum ini diteruskan pada tahun 2023 seperti bantuan ewallet.

Untuk makluman program bantuan e-wallet ini telah lama diperkenalkan dan masih relevan diteruskan sehingga sekarang. Ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Bantuan e-Wallet

e-PEMULA 2023
e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda yang asing kerana telah diberikan sejak tahun 2021 lagi.

Tujuan utama pemberian bantuan secara kredit ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.

Pemberian bantuan e-Wallet kredit ini bagi tahun 2021 dan 2022 adalah berjumlah RM 150. Tetapi berita baik kepada rakyat, jumlah bantuan ini telah dinaikkan kepada RM 200 seorang bermula tahun ini.

Sebelum ini, kategori belia M40 tidak terima bantuan e-Wallet ini. Tetapi bagi tahun ini golongan tersebut tidak dipinggirkan lagi dan akan terima bantuan RM 100.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Ini adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023 yang dinyatakan:

Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun

Turut diberikan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi PengajianTinggi Swasta (IPTS)

Golongan di atas akan terima bantuan RM 200

Manakala untuk kategori M40 pula adalah seperti berikut:

Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM 100 ribu setahun

Golongan ini terima bantuan RM 200

CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN

Cara penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah

ShopeePay
BigPay
Touch N Go eWallet
GrabPay
Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS INI

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan pengumuman bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-wallet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023.