Sehari sebelum bertanding, Alif Satar belanja kru AJL makan terima pujian ramai
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar menjadi siulan netizen apabila dia bermurah hati memberi makanan secara percuma kepada kru Anugerah Juara Lagu sehari sebelum pertandingan tersebut bermula.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan penyanyi yang berusia 32 tahun itu sedang memaklumkan kepada kru AJL boleh menikmati makanan tanpa perlu bayar sebagai penghargaan buat mereka yang telah bertungkus lumus dalam memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar.
@davonheraff Sehari sebelum AJL37 Alif belanja semua tenaga kerja AJL , berkat belanja dpt anugerah @Alif Satay | Your Comfort Food
“Walaupun situ tulis harga, tapi malam ini semuanya percuma. Hari ini Alif belanja cuma minta satu je, bila korang makan satay tolong tag Alif.Satay okay,” ujarnya.
Patut la dia menang, murah rezeki!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap Alif yang tidak berkira berkongsi rezeki dengan orang lain dan ia adalah salah satu asbab dia mendapat tempat ketiga dalam AJL37.
Alhamdulilah, semoga dipermudahkan urusan!
Dalam pada itu, ramai berharap agar urusan penyanyi tersebut sentiasa dipermudahkan dan mendoakan agar rezeki Alif Satar sentiasa dimewahkan selalu.
Sekadar info, Alif Satar & The Locos telah diumumkan sebagai tempat ketiga menerusi lagu Anugerah terindah sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 bersama sebuah trofi.