Muat naik review filem Antman & popcorn di IG, netizen dakwa Hafidz Roshdi tengok wayang dengan bekas kekasih?
Terbaharu, pemilik nama Muhammad Hafidz Roshdi memuat naik sebuah foto ‘mirror selfie’ dalam tandas di sebuah pusat membeli-belah di Klang, Selangor.
Dalam hantaran tersebut, pelakon drama Bisik Bisik Gelora memberitahu dia baru sahaja selesai menonton filem Ant-Man And The Wasp: Quantumania yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia dan antarabangsa.
“Korang kena tengok Antman, best (emoji ibu jari ke atas). Movie review 9.5/10,”tulisnya.
Trdahulu, nama Hafidz Roshdi telah ‘dipetik’ netizen susulan tularnya berita seorang pelakon berlagak alim kantoi curang dan bertukar mesej mesra dengan wanita lain.
Tindakannya itu diketahui oleh isteri namun dia memilih untuk mendiamkan diri kerana tidak bekerja dan menguruskan anak-anak di rumah.