Suami isteri maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, staf dedah doktor gigi tergesa-gesa nak balik
Takdir mereka ‘pergi’ bersama. Petang kelmarin, sepasang suami isteri dilaporkan kehilangan jiwa selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta di KM 296.9, Lebuh Raya PLUS dekat Gopeng.
Individu terlibat dikenalpasti sebagai Mohd. Rizal Othman dan Dr. Azura Abdullah, yang juga merupakan seorang pegawai pergigian di Lembah Pantai.
Pergi hari Jumaat penuh mulia
Usai insiden yang terjadi Jumaat lalu, hari berikutnya pasangan suami isteri berkenaan dibawa ke Surau An-Nur Bandar Puteri Klang untuk penghormatan terakhir keluarga, rakan-rakan serta ahli kariah.
Selepas itu, mereka bakal dikebumikan di kampung halaman iaitu Parit Sulong, Muar.
6 orang anak jadi yatim piatu sekelip mata…berat beban perasaan tanggung kehilangan abadi
Di sebalik ratusan manusia yang hadir untuk penghormatan terakhir, kelibat 6 orang anak mereka paling menyayat hati.
Menurut kenalan Mazwin Mazlan, suasana dipenuhi sendu tangisan apabila masing-masing duduk di kiri dan kanan ibu bapa mereka buat kalui yang terakhir.
Selain itu, dia turut menyifatkan Allahyarhamah Dr. Azura pergi dalam keadaan wajah yang tenang dan lembut.
Biasanya bila ditegur akan sembang kejap…tapi tadi bos hanya senyum & berkejar nak balik
Dalam pada itu, Zulaikha Ismail menyifatkan Allahyarhamah sebagai majikan yang selalu merendah diri dan baik dengan para pekerja.
Bahkan sebelum nahas dia juga sempat menegur Dr. Azura buat kali terakhir, yang dilihat seakan berkejar balik dari klinik pergigiannya.