PN-BN bergaduh: Bersatu salahkan jarum halus
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal kelihatan jelas dimanipulasi seakan ada jarum-jarum halus yang menikam kerana tidak mahu melihat muafakat utamanya parti Melayu melalui kerajaan Perikatan Nasional.
Ketua Penerangnan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim berkata, amat menyedihkan pada saat dan ketika agenda penyatuan menjadi tunjang utama, ada juga segelintir pemimpin utama UMNO yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengguris perasaan pihak lain.
“Ini tampaknya samada termakan dakyah jarum pemisah atau demi agenda ‘peribadi’ semata tanpa memikirkan nasib orang Melayu dan masyarakat Malaysia umumnya.
“Jika dinilai dari kenyataan-kenyataan yang dilemparkan beberapa pemimpin UMNO, ARMADA malah kepimpinan BERSATU sebegitu utamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak memperbesarkan hal dan kecoh untuk berpolitik sepanjang masa kerana melihat maslahat yang lebih mustahak; demi orang Melayu, rakyat Malaysia dan agenda penyatuan!
“Saya percaya perselisihan pendapat ini akan mematangkan malah mengeratkan lagi hubungan antara semua, demi agama, bangsa & negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya Sebegitu hasrat mereka mengangkat pemimpin Melayu yang baik nilai dalam menjadi cerminan bangsa yang bertekad setia berkhidmat untuk seluruh rakyat Malaysia tidak kira latar.
Adalah penting katanya untuk melihat ke hadapan dan terus fokus bekerja demi rakyat yang sudah tentu menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan ini.