Anggota badan model ditemui dalam peti sejuk, kepala belum ditemui

Anggota badan model ditemui dalam peti sejuk, kepala belum ditemui

 

Polis menahan tiga suspek disyaki terbabit dalam kes pembunuhan kejam model, Abby Choi berusia 28 tahun dipercayai berpunca daripada pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya.

Menurut Polis Hong Kong, Choi yang pernah muncul di muka depan majalah fesyen digital L’Officiel Monaco minggu lalu, ditemui sebuah rumah yang dijadikan seperti tempat ‘penyembelihan’.

“Kami masih mencari kepala mangsa,” kata Superintendan Alan Chung kepada pemberita, selepas mendedahkan anggota badan wanita itu ditemui di dalam peti sejuk.

Gergaji elektrik dan pengisar daging turut ditemui di rumah itu yang disyaki digunakan untuk mengisar daging manusia, tambahnya.

Chung berkata, dua periuk rebusan dipercayai mengandungi tisu manusia turut dijumpai di tempat kejadian.

Bapa, ibu dan abang kepada bekas suami Choi sudah ditahan dan akan menghadapi tuduhan membunuh.

Bekas suami model itu bagaimanapun masih bebas.

“Kami percaya mangsa dan keluarga bekas suaminya mempunyai banyak pertikaian kewangan membabitkan jumlah yang besar.

Abby Choi dipercayai dibunuh berpunca daripada pertikaian kewangan dengan keluarga bekas suaminya. - Foto Instagram/xxabbyc

“Seseorang tidak berpuas hati dengan cara mangsa mengendalikan asetnya, yang menjadi motif untuk membunuh,” katanya.

Choi dilaporkan hilang pada Rabu lalu.

Dia dikatakan kali terakhir dilihat oleh abang bekas suaminya, yang juga bekerja sebagai pemandunya.

Polis berkata, keluarga itu sebelum ini berbohong untuk mengelirukan penyiasat.

Sementara itu, rumah yang disewa tanpa perabot baru-baru ini memberi petunjuk kepada polis ia digunakan untuk membuang mayat Choi. – AFP

Choi yang pernah muncul di muka depan majalah fesyen digital L'Officiel Monaco minggu lalu, ditemui sebuah rumah yang dijadikan seperti tempat ‘penyembelihan’. - Foto Instagram/xxabbyc