Wanita buat lawak kata nak lari dengan bekas kekasih, suami balik rumah terus bagi penampar & ugut cerai
Tindakan seorang wanita yang bergurau dengan memberitahu suaminya bahawa dia melarikan diri bersama bekas kekasih mengundang padah apabila ‘dihadiahkan’ penampar dan ugutan untuk bercerai.
Suami kursus seminggu
Difahamkan, wanita tersebut bergurau dengan suaminya semasa dia menghadiri kursus selama seminggu di Kuala Lumpur dan tidak menyangka gurauannya itu diambil serius.
Suami saya sebenarnya ada kursus seminggu di KL. Semalam merupakan hari ketiga dia berkursus. Lepas bergurau dengan suami yang saya ikut bekas kekasih. Suami tak balas.
Sebaliknya, dia terkejut kerana suaminya sanggup pulang ke rumah biarpun perjalanan dari tempat kursusnya mengambil masa selama empat jam.
Kena marah & ditampar
Walau bagaimanapun, si isteri masih boleh ketawa sambil memberitahu suaminya bahawa situasi dia melarikan diri bersama bekas kekasih hanyalah gurauan semata-mata.
Suami tanya apa saya dah buat. Saya cakap saya bergurau sambil gelak besar. Suami marah dan tampar muka saya. Selepas itu suami cakap ‘kalau engkau buat perangai teruk macam ini, aku ceraikan kau’.
Disebabkan tindakan suaminya itu, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa dan bernekad untuk membuat laporan polis biarpun baru empat bulan mendirikan rumah tangga.
Pun begitu, perkongsian wanita tersebut telah mendapat kecaman daripada netizen yang rata-rata mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cara gurauan tersebut.
Malah, ada yang menganggap wanita berkenaan layak dilakukan sebegitu kerana tindakannya yang sengaja untuk permainkan perasaan suaminya yang sedang sibuk bekerja.