Penjawat awam kutuk kerajaan diselar netizen – “Time nak tulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat, rasa loyor nak wekk”

Penjawat awam kutuk kerajaan diselar netizen – “Time nak tulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat, rasa loyor nak wekk”

Gara-gara membuat hantaran di Facebook mengenai rasa loya nak menulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat rasmi, seorang penjawat awam berasal dari Pasir Mas dikecam teruk oleh netizen.”Tiap kali buat surat rasmi kat hujung-hujung tu time nak tulis  ‘Malaysia Madani’, rasa loyor nok wekkk,” tulisnya.

 

Hantaran yang dimuat naik tanpa berfikir panjang dan tidak wajar, apatah lagi dirinya merupakan penolong pegawai perubatan yang sepatutnya bersikap ‘neutral’ dalam hal politik, mengundang dirinya diselar netizen.

“Kalau pun kita tidak bersetuju dan tidak sependapat dedngan kerajaan yang sedia ada, pendamlah seketika dan jalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam dedngan ikhlas,” kata Mohd Ropi.

“Tak kira parti mana yang menjadi kerajaan, penjawat awam tetap perlu menjalankan tugas secara profesional. Kalau rasa tak serasi bekerja di bawah kerajaan sekarang, letaklah jawatan,” kata Sunny.

Difahamkan, lelaki berkenaan telah memadamkan hantaran  tersebut dan memohon maaf di atas tindakannya.

“Bismillahirahmanirahim.. dengan rendah hati saya memohon ribuan kemaafan sekiranya posting saya ada mengguris hati mana-mana pihak.

“Saya berjanji perkara ini tidak berulang lagi,” tulisnya.

 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pernah berkata, penjawat awam perlu bersifat neutral dan tidak meletakkan kepentingan politik dalam setiap tindakan.Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, kesetiaan penjawat awam hanya kepada raja, negara dan kerajaan semasa.