Netizen bengang polis hanya berani dengan rakyat tapi menikus berdepan menteri
Selepas negara dipanaskan dengan isu pelanggaran sop oleh Ismail Sabri, Menteri Kluster Keselamatani, sekali lagi pelanggaran sop oleh menteri didedahkan.
Zuraida Kamaruddin, Menteri KPKT dikesan memuatnaik 1 hantaran di dalam fbnya hadir dalam merasmikan program Malaysia Prihatin Norma Baharu Berekreasi di Zon Rekreasi Keluarga, Taman Persekutuan Bukit Kiara, Kuala Lumpur termasuk melepaskan peserta ‘fun ride’.
Sementara itu, dalam jawapan segera Jabatan Lanskap Negara bagaimanapun menafikan kewujudan acara ‘fun ride’ tersebut. Menurutnya lagi, aktiviti berbasikal yang diadakan pada hari itu tidak dibuka kepada orang ramai dan bukan pertandingan.
“Pengunjung berbasikal adalah seramai 30 orang terdiri daripada kakitangan Jabatan Landskap Negara dan SWCORP. Pengunjung berbasikal juga turut menjalankan aktiviti ‘Plogging’ bersesuaian dengan peranan agensi dalam pembersihan awam.
Namun, netizen menganggap kenyataan tersebut lebih bertujuan melindungi menteri tersebut dari didakwa. Ini kerana mengambip kira jumlah peserta yang tertera dalam gambar yang dinaikkan didapati melebih jumlah 30 orang seperti yang didakwa.
Seperti biasa, netizen bagaikan berpesta dalam ruangan komen menteri tersebut. Jelas populariti menteri kabinet Muhyiddin sekarang berada pada paras paling teruk sekarang ini.