“Dah lama dah pendam pasal pusat tahfiz ni, selalu buat bising, waktu orang nak tidur, agak-agaklah nak menyanyi tengah malam”
Perbuatan sekumpulan pelajar tahfiz yang membuat bising di sebuah institusi pengajian di Batu Caves, Selangor mengundang rasa kurang senang kepada penduduk di sekitar itu.
Ujarnya, dia telah pun menghubungi pihak polis beberapa kali namun kejadian sama masih berulang sekali gus mengakibatkan pencemaran bunyi semakin berterusan.
“Dah lama dah pendam pasal pusat tahfiz ini. Selalu buat bising, waktu orang nak tidur. Agak-agaklah nak menyanyi pada tengah malam.
“Tak reti langsung nak hormat masa penduduk sini. Nama tahfiz tapi bab adab berjiran macam tidak belajar. Berapa kali dah telefon polis, tetapi masih benda yang sama jadi.
“Nak buat tahfiz pun pilihlah tempat yang bersesuaian, ini tak main ‘pacak’ sahaja. Hidup kat kawasan ni tak tenang semenjak ada tahfiz ni. Patutnya kalau ada tahfiz jadi sejuk hati, tapi ni asyik nak marah je,” ciapnya.
Tambahnya, ketika dia baru selesai menjalani rawatan kemoterapi, emosinya menjadi sangat terganggu kerana mendengar bunyi bising dari tahfiz berkenaan sehingga lewat malam.
Sehingga kini, ciapannya telah mendapat 1,444 perkongsian dan 1,984 tanda suka.
4 Mac 2023 – Dah lama dah pendam pasal tahfiz Madinatul Huffaz by Ustazah Norhafizah Musa and Ustaz Azahar ni. Last month pun buat hal jugak. Tengok malam ni ada lagi entah majlis apa pulak. Suka sangat memekak time pukul 11pm almost 12am, mengganggu waktu orang nak rehat je. pic.twitter.com/ezjfuCPZoc
— amirah✨ (@FarahAmirahAmri) March 4, 2023
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai mengecam pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan yang dianggap tidak bertanggungjawab dalam mengawal pelajar-pelajarnya.
“Dulu dekat sini ni aman sahaja takde tahfiz ni. Dia ada je habis bising. Kadang-kadang pagi buta buat sukan apa entah. Buat tahfiz celah-celah rumah orang. Lepas itu, ada hati sampai nak buat fasa 3,” komen Shakir.
“Kalau buka mengaji pun tidak perlu buka kuat-kuat sampai satu taman boleh dengar. Ini lagi pula lagu Judika, memanglah orang marah, ‘common sense’ lah orang nak rehat,” komen Hairil pula.
“Nyanyi lagu Judika rupanya, ingat nyanyi lagu nasyid. Allahuakbar,” komen pengguna yang lain.