Peraga produk pakai baju ketat, peminat selar sikap ‘pemurah’ teman wanita Shuib

Peraga produk pakai baju ketat, peminat selar sikap ‘pemurah’ teman wanita Shuib

Umum mengetahui, pelawak Shuib Sepahtu mempunyai hubungan istimewa dengan usahawan, Watie Hanifiah dan kisah mereka sering menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Watie dilihat ada memuat naik video di Instagram memaparkan dirinya sedang berjalan ‘catwalk’ di sebuah lokasi.

Menerusi video itu, Watie dilihat memakai baju berwarna putih sambil mempromosikan produk kecantikan.

Menerusi perkongsian oelh portal RotiKaya, tindakan Watie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menegur pemakaian usahawan itu yang dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

Malah, ada netizen meluahkan rasa hairan Shuib sebelum ini pernah mengatakan Watie mempunyai persamaan arwah isterinya, Siti Sarah.

Dalam pada itu, ada yang memuji kecantikan usahawan itu serta mendoakan agar Watie diberikan hidayah dan menutup aurat dengan sempurna satu hari nanti.

Terdahulu, Shuib mendedahkan dia merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Watie pada pertengahan tahun ini, namun perkara itu masih dalam perancangan.