Shuk Sahar luah rindu mahu berlakon, hanya berniaga untuk sara hidup

Shuk Sahar luah rindu mahu berlakon, hanya berniaga untuk sara hidup

 

Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar berharap dia mendapat peluang kedua daripada penerbit drama ataupun filem untuk beraksi semula dalam bidang lakonan.

Menurut laporan Utusan Online, Shuk atau nama penuhnya Mohammmad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia yang kini sibuk menjalani perniagaan meluahkan rasa rindu untuk kembali berlakon.

 

“Buat masa ini saya berniaga untuk kelangsungan hidup. Tapi jujur saya memang rindu nak berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu.
“Baru-baru ini ada sahaja tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak. Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap,” katanya.

Sebelum ini, pelawak berusia 37 tahun itu terpalit dengan kontroversi rumah tangga membabitkan isu curang terhadap isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang didakwa mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Susulan kontroversi tersebut, Shuk dipercayai hilang pelbagai tawaran dalam industri seni termasuk ditamatkan kontrak perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM.

 

 

Walau bagaimanapun, bapa dua cahaya mata perempuan itu menaruh harapan tinggi dengan meminta orang ramai tidak terus menghukum dan ‘meminggirkan’ dirinya.

“Isu itu kelihatannya sudah selesai. Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon. Diharapkan peluang masih ada untuk saya,” ujarnya.