[Video] Tular geng remaja main mercun ‘target’ rumah orang, siap bersorak bila ada yang cedera

[Video] Tular geng remaja main mercun ‘target’ rumah orang, siap bersorak bila ada yang cedera

 

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan beberapa video remaja bermain mercun dan menghala ke arah rumah penduduk termasuklah pengguna jalan raya sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Baling mercun atas rumah orang

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh Twitter Malaysia Most Virall, dapat dilihat beberapa orang remaja seakan tidak mengaku berbuat demikian sedangkan video-video mereka bermain mercun telah dikongsikan oleh pengguna TikTok.

Dah baling mercun dari awal puasa

Berdasarkan kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok itu mengatakan yang remaja-remaja tersebut telah melakukan serangan bertubi-tubi dengan mercun bola sejak hari pertama puasa.

Mereka dikatakan meletakkan pita pelekat dengan batu bagi memastikan balingan tepat ke arah rumah tersebut. Tak hanya itu, mereka akan bersorak apabila sasaran mereka kena ke arah yang dituju.

Ada yang sampai cedera

Disebabkan balingan mercun-mercun itu, pengguna TikTok berkenaan mengatakan ada yang mengalami kecederaan sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Tidak tahan dengan ‘serangan’ tersebut, mereka mengambil keputusan untuk menegur dan merakam wajah-wajah remaja yang melakukan tindakan biadap tersebut.

Dia ingat tengah perang ke perangai macam tu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut ‘bengang’ dengan perangai remaja yang tidak tahu menghormati penduduk sekeliling dengan melakukan tindakan kurang bijak seperti itu.

Mereka juga berharap agar ibu bapa mereka mengambil tindakan terhadap anak-anak mereka agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Kena ‘kutip’ nanti baru tahu

Mungkin tiada otak?

Biadap betul cara dia cakap

Bagi duduk lokap sampai raya je

Difahamkan, pengguna TikTok akan membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana insiden tersebut dipercayai menggangu ketenteraman awam lebih-lebih lagi telah mencederakan orang lain.