View Chin akhirnya mengaku pergi bercuti berdua-duaan dengan Mira di Bali

View Chin akhirnya mengaku pergi bercuti berdua-duaan dengan Mira di Bali

 

Bermula dengan pendedahan Ahmoi beberapa hari lalu, influencer, View Chin dan pekerjanya, Mira menanggung malu besar setelah tembelang mereka yang menjalinkan hubungan di pejabat menjadi topik bualan umum.

Pun begitu, lelaki berkenaan kemudiannya membuat penafian selain mengesahkan sudah lama berpisah dengan isterinya.

Sedia memeluk agama Islam & bakal nikahi Mira dalam masa terdekat

Setelah teruk dikecam oleh ramai pihak, nampaknya lelaki berkenaan sedia mengambil tanggungjawab untuk menjernihkan keadaan meskipun sedang trauma dengan kontroversi yang melanda.

Dalam fasa mendekati diri dengan agama Islam secara serius, View Chin membuat pendedahan ekslusif dirinya bersedia mengahwini gadis berkenaan.

Saya pilih Mira bukan sebab paras rupa atau wang

Berkaitan percutian ke Bali, Indonesia, dia turut mengaku pergi ke sana berdua dengan Mira.

Oleh kerana sedang melalui fasa tertekan, gadis berkenaan menemani sekali atas dasar risaukan keselamatan majikannya itu.

Bukan sekadar staf biasa, sebaliknya Mira turut menjadi tempat View Chin meluah perasaan termasuklah tentang kemelut rumah tangga serta perselingkuhan Ahmoi sekitar tahun 2020 dahulu.

Kini Mira terpaksa bersembunyi dahulu & tidak tampil kepada umum

Belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya, View Chin mendedahkan kini keberadaan Mira terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu memandangkan apa yang sedang berlaku turut mencalit arang ke wajah keluarga.

Namun hingga kini, dia berkata kedua-duanya masih bekerja di bawah syarikat sama.