Buka tudung, padam foto di Instagram, peminat mendakwa perkahwinan Haqiem Rosli dilanda badai
Tindakan isteri kepada penyanyi dan juga komposer Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menimbulkan tanda tanya apabila dia hanya meninggalkan tiga keping foto dalam Instagram miliknya.
Lebih mencetuskan persoalan apabila Anis, 21, telah memadam foto-fotonya bersama Haqiem dan meninggalkan salah satu gambar dalam keadaan dirinya tidak berhijab.
Bagaimanapun wanita itu bertindak menutup ruangan komen dipercayai bagi mengelak diserbu netizen yang sedang berteka-teki dengan tindakannya.
Memetik Kosmo, foto terkini yang dikongsi Anis dalam Instagramnya adalah gambar semasa sambutan 1 Syawal yang disambut siang tadi (semalam).
Pada gambar tersebut memperlihatkan Anis hanya mengenakan selendang untuk menutupi kepalanya, namun rambutnya masih kelihatan.
“SHR (selamat hari raya),” tulis Anis pada ruangan kapsyen gambar tersebut.
Dalam InstaStorynya, Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri
hanya berkongsi gambar dirinya bersama beberapa orang wanita dipercayai iparnya dan anak kecil.
Semakan Kosmo! Online di salah sebuah akaun Instagram bernama @erra_shah yang juga sepupu kepada Anis bagaimanapun mendapati wanita masih menyambut lebaran bersama Haqiem apabila kelibat penyanyi berusia 24 tahun itu ada di dalam gambar yang dikongsikan dalam InstaStorynya.
Sementara itu, dalam Instagram Haqiem mendapati penyanyi lagu Tergantung Sepi itu masih menyambut Aidilfitri seperti biasa, namun kelibat Anis tidak kelihatan menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan.
Untuk info, Haqiem dan Anis selamat mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 di Cyberjaya. Namun, pasangan muda itu masih belum dikurniakan cahaya mata lagi.