Organ dalam badan hangus, anak sulung meninggal di hari raya ke-4 akibat strok haba
Cuaca panas yang melanda Malaysia pada Ramadan dan Aidilfitri tahun ini benar-benar mencabar.
Ramai yang mengalami masalah kesihatan lebih-lebih lagi apabila kekurangan air dalam badan.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Wanie Iwan, dia telah memuat naik kisah pemergian anak sulungnya disebabkan strok haba.
Alami demam & cirit birit pada hari raya ke-3
Menurut Puan Wanie, pada hari raya pertama dan kedua, anaknya dalam keadaan normal dan aktif seperti biasa.
Namun, pada hari ketiga, dia mulai demam dan cirit-birit walaupun tidak berapa teruk.
Pada subuh hari raya keempat, dia melihat anaknya mulai lemah dan terus dibawa ke klinik sebelum tidak sedarkan diri walaupun pihak perubatan telah bertungkus lumus memberikan bantuan kecemasan.
Post mortem kata strok haba
Walau bagaimanapun, Allah S.W.T lebih menyayangi anaknya dan meninggal dunia pada hari raya keempat disebabkan strok haba.
Menerusi posting tersebut juga, Puan Wanie mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua termasuklah pihak forensik, pihak hospital, saudara mara serta mereka yang sama-sama menziarahi jenazah anaknya.
Doktor kata organ dalaman ‘hangus’
Difahamkan, hasil daripada post mortem memaklumkan yang anak sulungnya itu mengalami dehidrasi dan organ dalamannya ‘hangus’ disebabkan terlalu panas kerana darah dan air dalam tubuhnya kering.
Jadi, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan allahyarham anaknya dan mereka terus kuat menghadapi ujian daripada Allah S.W.T diatas kehilangan ahli keluarga.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan maklum balas dengan mengucapkan salam takziah kepada Puan Wanie serta keluarga diatas kehilangan insan tersayang.
Mereka juga berharap keluarga pengguna Facebook itu tabah dan kuat menerima ujianlebih-lebih lagi ketika orang ramai masih lagi bergembira menyambut Aidilfitri di kediaman masing-masing.