Muat naik gambar cangkung, Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Muat naik gambar cangkung, Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

 

Umum mengetahui bahawa nama Ira Kazar sering dikaitkan dengan nama pelakon Puteri Sarah setelah silih-berganti siri pergolakan rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof apabila telah berkahwin dengan Ira di Thailand.

Ira menerima pelbagai kecaman dan kata-kata negatif daripada netizen. Namun, di sebalik tohaman yang dilemparkan itu, ada juga pengguna yang ‘bersimpati’ dengan nasib isteri kedua, Syamsul Yusof ini.

Mana tidaknya, buat perkahwinan kali pertama, Ira sama sekali tidak berpeluang merasai busana pengantin atau majlis pernikahan yang sewajarnya.

Malah, acara pernikahan tersebut juga dilakukan di Thailand tanpa saudara mara dan sahabat handai.

Cara pemakaian di antara kedua-dua isteri Syamsul Yusof ini juga sering dibeza-bezakan oleh warganet semenjak tular gambar perkahwinan Ira dan Syamsul.

Netizen juga berjaya menyelidik gambar Ira sehingga menampakkan dirinya hanya memakai stokin bola saat hari pernikahannya menerusi foto pernikahan tersebar itu.

Dalam masa sama, salah seorang pengguna Twitter turut memuat naik kembali video anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, sedang bergelek yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini seolah-olah sengaja menegangkan lagi situasi.

Perkongsian tersebut turut dibanjiri komen-komen negatif daripada warganet.

Terkini, Puteri Sarah ada memuat naik gambar dirinya memakai baju lengkap berwarna pink, namun aksi gaya yang ditampilkan itu pula didakwa persis gaya Ira Kazar.

puteri sarah

“Style duduk macam madu u pula.” – Komen seorang netizen.

Sarah yang sedar tentang perkara itu nafi gaya itu milik Ira kerana pelakon Hannah Delisha turut pernah menggayakan cara bergambar seperti itu.

Peminat risau Puteri Sarah berubah. Tegur cara pemakaian hijab…

Selain itu, ada juga pengikut Sarah yang bimbang dirinya akan berubah kerana pemakaian hijab dengan topi Sarah terdedah sedikit bahagian leher.

Hope Sarah tak berubah dari segi penampilan. Kekalkan cara yang sedia ada. Walau apapun, penampilan Sarah tetap cantik tapi berhati-hati dalam pemakaian, jangan sampai ada yang mengecam.

Puteri Sarah akui memang selalu pakai shawl dengan cap…

Konflik ‘tiga segi’ antara Sarah, Syamsul dan Ira dikatakan umpama sebuah siri drama yang dipaparkan dalam kehidupan realiti.

Kata warganet, meskipun ‘popcorn’ sudah habis, namun sehingga kini episod kisah mereka masih berpanjangan.