Suami Noor Nabila, Engku Emran bercinta dengan bekas anggota Elite?

Suami Noor Nabila, Engku Emran bercinta dengan bekas anggota Elite?

 

Kontroversi status rumah tangga antara usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor, 38, dan suami, Engku Emran, 48, masih menjadi tanda tanya, apatah lagi pasangan ini mengambil keputusan mengunci mulut.

Namun, menerusi perkongsian video di laman TikTok, Engku Emran didakwa sedang menjalin hubungan bersama pelakon dan penyanyi, Fiza Halim selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada bekas anggota Elite itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran tersebut.

Malah, ada yang tampil menggelar Engku Emran sebagai ‘Wedding Ring Collector’ dan lelaki yang mempunyai ciri ‘Red Flag’ akibat sering bertukar-tukar pasangan.

engku emran

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut di laman sosial berkenaan mengatakan remaja yang bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak buahnya, Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa.

Sebelum ini, kontroversi status hubungan antara Engku Emran dan  Noor Nabila menjadi perhatian selepas kakak kepada Neelofa itu tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial.

Menguatkan lagi desas-desus keretakan rumah tangga ketika Nabila mengerjakan umrah bersama anaknya, Jebat Jayden dan ahli keluarga lain, kelibat Engku Emran tidak kelihatan.

Sebelum ini, bekas suami Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan meminta masyarakat menjaga sensitiviti dan perasaan Engku Emran apabila peminat kerap mendoakannya kembali bersama bekas isteri.

Untuk rekod, Engku Emran dan Noor Nabila berkahwin pada 19 Mac 2021.

Sebelum berkahwin dengan Noor Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.