Mak ayah seronok beraya ke rumah terbuka, anak kembar menangis ditinggalkan dalam kereta berkunci

Mak ayah seronok beraya ke rumah terbuka, anak kembar menangis ditinggalkan dalam kereta berkunci

 

Musim raya ni memang boleh dikatakan setiap hujung minggu akan ada jemputan rumah terbuka Aidilfitri untuk dihadiri bersama keluarga.

Namun janganlah pula kerana terlampau teruja mahu berjumpa kawan kawan sampai tergamak abaikan keselamatan anak-anak.

Tular perkongsian seorang individu di Facebook yang menceritakan kejadian di mana dia terserempak dengan dua kanak-kanak yang sedang menangis di dalam kereta.

Menurut cerita Nana Nandos ini, dia terdengar tangisan sepasang kembar yang sedang ketakutan dari dalam sebuah kereta Perodua Aruz yang dikunci dan enjin turut dimatikan.

Kerana risau dan mahu menenangkan kembar tersebut, dia memberikan mereka air kotak dan menunggu dari luar untuk menemani kanak-kanak tersebut.

Selepas 30 minit, barulah dia tahu rupa-rupanya ibu bapa dan nenek kembar tersebut meninggalkan mereka berdua di dalam kereta untuk pergi beraya di rumah terbuka.

Mak dia buat bodoh je, muka tak bersalah. Raya tu raya juga tapi anak anak tu amanah kita. Kira bagus aku tak report polis.”

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warganet terutamanya golongan ibu bapa yang mengecam tindakan itu kerana membahayakan anak-anak apatah lagi sekarang sedang musim panas.

Dalam pada itu, ramai yang turut mencadangkan agar Nana membuat laporan polis agar kedua ibu bapa dan nenek kembar tersebut didakwa atas kesalahan mengabaikan anak.