Diminta tambah telur, sambal & bilis pada nasi lemak, pembeli kesal dicas tambahan 50 sen

Diminta tambah telur, sambal & bilis pada nasi lemak, pembeli kesal dicas tambahan 50 sen

 

Dengan harga barang mentah yang kian meningkat, ramai penjual terpaksa menaikkan harga produk makanan mereka hatta yang berniaga secara kecil-kecilan sekalipun. Dilema utama jika dinaikkan, risau pembeli akan merungut.

Jika harga tidak diubah, khuatir pula tiada keuntungan dalam berniaga.

Nasi lemak biasa 1…Tambah sikit lagi kacang & ikan bilis…..Telur lagi 1…Sambal tambah

Bagi Puan Nisya Kanwal, baru-baru ini dia berdepan sikap seorang pelanggan yang cukup menguji kesabarannya.

Awalnya menyapa dengan baik, lelaki berkenaan mahu membeli nasi lemak yang berharga RM2 tetapi minta lebihkan portion sambal hingga 4 senduk, kacang, telur dan ikan bilis.

RM2.50? Tadi kata RM2.00? Lah sikit je saya tambah…Mana boleh gitu, RM2, RM2 la

Tidak berkira langsung, bayangkan Puan Nisya cuma mengenakan harga lebih 50 sen sahaja untuk semua itu.

Bukan kata terima kasih, sebaliknya pembeli itu melulu salahkan Puan Nisya kerana tiba-tiba mengubah harga asal.

Lebih mengejutkan, dia mahu membatalkan pembelian dan pergi ke gerai lain gara-gara perlu membayar RM2.50.

Tidak mahu kehilangan pelanggan, wanita itu terus merelakan jualan pada harga RM2.

@nisya126

Ragam customer,Sabar lah hati😰#tyscrr #nisya06

♬ bunyi asal – Nisya Kanwal🌹 – Nisya Kanwal🌹

Hmmmm berapa jela peniaga nasi lemak tu dapat untung

Menerusi ruangan komen, ramai yang ikut kesal dengan sikap negatif dipaparkan pelanggan terbabit.

Selaku seorang peniaga kecil di zaman serba mahal, netizen amat memahami situasi dialami Puan Nisya.

Ketenangan Puan Nisya yang bijak mengawal emosi turut dipuji oleh netizen.

Lantas ramai mendoakan semoga rezekinya diperluaskan selepas ini.