“Ibu dah terkunyah 2 keratan kuku..” – Ramai syak ada yang cuba khianat restoran popular

“Ibu dah terkunyah 2 keratan kuku..” – Ramai syak ada yang cuba khianat restoran popular

 

Kecoh di laman twitter apabila seorang individu mendedahkan terjumpa beberapa keratan kuku dalam nasi yang dihidangkan kepada ibunya ketika sedang makan di sebuah restoran popular di Selangor.

Menerusi ciapan individu tersebut di laman sosial Twitter, dia dan ibunya yang sedang makan tengah hari di restoran itu pada mulanya tidak perasan akan keratan kuku tersebut.

Namun setelah menjamah hampir separuh dari makanan itu, barulah ibunya ternampak keratan kuku di dalam nasi.

Lebih menjijikkan apabila dia melihat terdapat enam keratan kuku dan ibunya sudah termakan dua daripada keratan kuku itu.

“Semasa makan tengah hari, ibu saya mendapati bukan sahaja satu tetapi terdapat enam keratan kuku di dalam nasinya. Dia dah pun mengunyah dua keratan kuku itu.”

Twitter

Melalui thread tersebut, ramai yang mengesyaki ada perbuatan khianat kerana keratan kuku itu seolah-olah diletakkan ke dalam pinggan dengan sengaja.

Malah ada yang mengaitkan kejadian itu berkemungkinan terdapat unsur sihir dan penganiayaan terhadap pemilik restoran tersebut.