Peja akui ketiadaan tokoh besar punca Bersatu lamar Khairy

Peja akui ketiadaan tokoh besar punca Bersatu lamar Khairy

Teka-teki kenapa Bersatu kelihatan begitu terdesak mendapatkan jawapan segera daripada bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bagi menyertai parti tersebut akhirnya terjawab.

Ianya selepas pendedahan yang dibuat seorang blogger politik otai tanahair, saudara Mohd Sayuti Omar di dalam FBnya beberapa hari yang lalu.

Dalam pendedahan tersebut, dia memetik nama Timbalan Presiden Bersatu yang tewas bertanding menentang Anwar Ibrahim di parlimen Tambun PRU-15 lepas. Peja Azumu sebagai sumber berita tersebut.

Semasa terserempak di cafe sebuah resort di Rompin tidak lama dahulu saya sempat bertanya tentang parti Bersatu kepada timbalan presidennya Ahmad Faizal Azmu.

Beliau berterus terang masalah dalam partinya tidak ada pemimpin. Mungkin beliau menyedari kepada kemampuan sendiri.

Jadi apabila beliau meminta Khairy Jamaluddin tidak menunggu lama untuk menerima pelawaan Mahiaddin Yassin agar menyertai parti itu menggambar parti itu terdesak untuk memiliki seorang tokoh.

Bagi Faizal, Khairy mungkin tokoh memandangkan dia pernah jadi ketua pemuda Umno.

Khairy pula dalam reaksinya kepada gesaan Faizal mengata dia akan menjawab pelawaan Mahiaddin sedikit masa lagi.

Cuma disini saya nak beri firasat politik sedikit mada depan politik tidak akan ke mana kalau beliau bersama Bersatu. Membuat kacau dalam Umno sehingga dipecat laksana Khairy membunuh kerier politiknya sendiri. Trims.