Samseng bolasepak, lelaki ini dedah sisi gelap penyokong Manchester United

Samseng bolasepak, lelaki ini dedah sisi gelap penyokong Manchester United

Hooliganisme bola sepak, juga dikenali sebagai rusuhan atau samseng bola sepak ialah satu bentuk keingkaran awam yang melibatkan keganasan dan tingkah laku merosakkan lain yang dilakukan oleh penonton dalam acara bola sepak persatuan.

Hooliganisme bola sepak biasanya melibatkan konflik antara geng yang dibentuk untuk menakut-nakutkan dan menyerang penyokong pasukan lain.

Sesetengah kelab mempunyai saingan lama dengan kelab lain, dan hooliganisme yang dikaitkan dengan perlawanan antara mereka (kadangkala dipanggil derbi tempatan) berkemungkinan lebih teruk.

Memetik petkongsian seorang pempengaruh di FB, Zainuddin Omar, beliau sempat berkongsikan aksi ‘hooligan’ penyokong sebuah pasukan bolasepak terkenal dunia, Manchester United ketika berkesempatan brlajar di salah sebuah institut pendidikan di bandar tersebut.

Manchester United

Pada 3 Jun 2023 ialah FA Cup final antara Manchester City dan Manchester United.

FA Cup ialah pertandingan knock-out antara semua kelab bolasepak di bawah FA England dan dimulakan pada tahun 1872 antara Wanderers dan Royal Engineers.

Semasa pertandingan FA Cup final, semua aktiviti di England terhenti sebentar untuk menyaksikan pertandingan bolasepak paling prestigious dan penutup tirai EPL.

Pada tahun 70-an Man City hanya team picisan di bawah coach Tony Book, Malcolm Allison dan John Bond dan pernah turun ke Divison 2 pada tahun 80’an.

Mereka yang pernah tinggal di Manchester mesti memilih antara satu team bola, Manchester City atau Manchester United.

Jika bukan penyokong kedua team tersebut bermakna mereka bukan peminat EPL, tetapi peminat Rugby Union.

Kadangkala satu famili terdapat dua penyokong berbeza, bapa emak dan datuk penyokong tegar MU tetapi anak cucu adalah peminat MC.

Semasa zaman 70’an, selama 3 tahun saya tinggal di Manchester ketika menuntut di Salford University.

Saya tidak terkecuali dari meminati EPL dan mengikuti perkembangan pemain bolasepak kerana mereka selebriti sama besar dengan penyanyi terkenal.

Penyokong MU pada zaman 70’a suka bergaduh dengan penyokong team lain.

Jika mereka beramai ke away matches, pihak British Rail akan menyediakan coach berasingan untuk penyokong MU.

Sangat pantang memakai jersey team lain tetapi menduduki coach MU.

Ramai yang kena pukul kerana tersalah masuk coach MU.

Pada setiap hari sabtu kami pelajar kebiasaan tidak keluar hostel jika ada home matches.

Penyokong MU selalunya akan mabuk sebelum dan selepas perlawanan dan selalu mencari pergaduhan dengan penyokong lawan.

Kadangkala hangat sebelum kelas Universiti bermula kerana pensyarah penyokong MU akan menyakat pelajar penyokong MC dan team lain.

It was all in good spirit, though.

Hostel saya di Castle Irwell hanya bersebelahan training ground MU yang dipisahkan oleh sungai Irwell (sebesar parit sebenarnya).

Banyak kali bola tersasar dari training ground ke hostel kami dan seperti biasa kami akan menyorok bola tersebut sebagai souvenier.

Bila boring belajar saya menyelinap di belakang hostel dan menyorok belakang semak samun untuk menyaksikan star MU berlatih, walaupun tidak dibenarkan.

Kadang kala field manager MU akan datang mencari bola bola mereka yang tersasar di kawasan hostel, tetapi kami buat senyap sahaja berdasarkan akta tahun 1360 – ‘Finders-Keepers-Losers-Weepers’.

Pemain MU yang femes pada masa itu adalah Arthur Albiston, Martin Buchan, Steve Coppell, Sammy Mcllroy, Lou Macari dan Joe Jordan.

Hanya saya tak sempat menyaksikan kehebatan George Best dan Bobby Charlton sahaja.

Peminat MU pada era 70’an sangat terkenal sebagai hooligans dan ada yang membawa dart semasa perlawanan dan membalingnya ke arah penyokong lawan.

Memang kami student sangat faham dan tidak akan memakai jersey MU atau Liverpool atau MC semasa bersiar ke bandar Manchester kerana mungkin akan dipukul oleh penyokong lawan, terutamanya pada hari sabtu.

Sesiapa yang tinggal di UK mesti sudah memahami bahawa bolasepak adalah seperti religion kepada orang Inggeris.

Mereka akan menyokong team sama dari generasi ke generasi.

Tidak hairan kalau kita lihat satu famili dari datuk, bapak, emak, anak dan cucu bersama menyaksikan perlawanan bolasepak live di stadium setiap hari sabtu kerana semua mempunyai season ticket yang kosnya beribu pounds.

Kekalahan team mereka boleh menyebabkan mereka menangis tersedu-sedan ibarat seperti kematian saudara terdekat.

Bintang bolasepak dilayan seperti Raja dan setiap pergerakan dan aktiviti peribadi pemain bolasepak di intip oleh reporter untuk lapuran sensasi akhbar trash saperti Daily Sun atau Daily Star.

Wayne Rooney dan Ryan Giggs adalah contoh terbaik di mana kehidupan peribadi mereka diselongkar oleh reporter dan disensasikan kepada ramai.

Kedai betting atau bookmakers seperti William Hill dan Ladbrokes sangat laris sebelum perlawanan bolasepak dan betting merupakan sebahagian dari culture orang Inggeris, sama seperti bersosial di pub.

Orang Inggeris akan bet 1001 perkara di dunia ini dan sentiasa akan ada odds yang diberikan oleh kedai betting.

Ada yang bet odds untuk white christmas, ada yang bet odds siapa pemenang EPL dan yang paling pelik pernah ada yang bet odds, alien akan mendarat di bumi pada sekian sekian masa.

Itu sebab Euro peans mengelar orang Bri tish sebagai ‘strange, daft and crazy’.

Orang Bri tish pula menggelar semua yang bukan Bri tish sebagai ‘blo ody foreigners’.

Those were the days.