Ini rahsia bagaimana selamatkan wang ‘gratuiti’ persaraan

Ini rahsia bagaimana selamatkan wang ‘gratuiti’ persaraan

Awas bila terima wang gratuiti anda tika saat bersara

Penjawat awam semasa bersara akan menerima selepuk wang dari Kerajaan yang dipanggil ‘gratuiti’ atau ganjaran.

Ianya termasuk ‘golden handshake’ atau wang gantian cuti rehat selama 180 hari maksima.

Berdasarkan gred jawatan, seorang penjawat awam jika bersara boleh menerima antara RM100,000 sehingga RM1 juta sebagai duit gratuiti serta gantian cuti rehat.

Kiraan mudah boleh dibuat melalui website ini:

http://www.jpapencen.gov.my/cetak_ps.html

Masalahnya apabila bersara ramai kenalan dan saudara mara dapat menghidu anda menjadi seorang jutawan instant.

Ramai akan datang untuk meminjam duit atau mempelawa anda sebagai rakan kongsi perniagaan atau menyertai skim cepat kaya.

Ketahuilah bahawa anda perlu memegang duit tersebut ‘rapat-rapat’ dan jangan terlalu mudah memberinya pada orang lain.

Anda telah bekerja lebih 30 tahun untuk mendapat wang selepuk dari Kerajaan.

Jangan terlalu mudah melepaskannya.

Seorang staf saya pangkat Juruteknik Special Grade kehilangan semua wang gratuiti beliau sebanyak RM100,000 termasuk wang simpanan kerana ingin menjadi rakan kongsi satu syarikat Kontrektor Klas F.

Syarikat tersebut gulung tikar akhirnya.

Beliau terpaksa bekerja semula untuk menanggung keluarga di usia warga emas.

Seorang rakan lain kehilangan RM500,000 kerana dump semua gratuiti beliau dalam skim crypto currency dengan sekelip mata.

Seorang lagi rakan saya kehilangan ratusan ribu ringgit apabila bersara kerana menjadi rakan kongsi perniagaan lori dengan kawan beliau. Perniagaan ‘bungkus’ dan beliau terpaksa mencari kerja part time sana sini di usia 60’an.

Kononnya beliau berharap untuk membiakkan wang gratuiti tersebut tetapi akhirnya berputih mata.

Setelah lebih 30 tahun bertugas sebagai penjawat awam, apakan anda tahu mengenai alam perniagaan?

Ambil iktibar dari kesilapan orang lain.

Simpan duit anda di Tabung Haji atau tempat lain secara ‘liquid’ dan terima dividen setiap tahun.

Lagi pun anda ada pencen bulanan, kenapa perlu sibuk cari tambahan duit di usia senja?

Nafsu pun sudah tidak besar seperti dulu. Ahaksss.

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar