Beri pandangan isu wanita bertudung tapi solat, selebriti dikatakan tidak peka hukum agama

Beri pandangan isu wanita bertudung tapi solat, selebriti dikatakan tidak peka hukum agama

Didikan dan layanan selebriti ini terhadap isteri dan anak-anaknya seringkali dipuji netizen. Perkongsian daripada isteri pelawak, pelakon dan DJ radio di media sosial mengenai rutin harian mereka seperti solat, mengaji dan sesi tazkirah dikagumi ramai.

Baru-baru ini selebriti ini dijemput ke satu program yang turut dihadiri oleh beberapa orang penceramah. Dalam program tersebut, selebriti itu ada menyebut mengenai isu solat dan menutup aurat.

‘Pilih perempuan tidak bertudung tetapi solat’

“Jangan menghukum mungkin orang yang lain daripada kita dan tidak mengikut kita. Kita boleh beri mereka jalan, dan pilihan dekat diorang.

“Saya selalu cakap dekat bini saya, tak bertudung tak semestinya tak solat, yang bertudung belum tentu solat. Yang solat, belum tentu faham apa yang dia solat apatah lagi orang yang bertudung yang tak solat.

“Kalau saya diberi pilihan, antara dua pilihan ni je ada; perempuan yang tak bertudung tapi solat dengan perempuan yang bertudung tapi tak solat, saya pilih perempuan yang tidak bertudung tapi solat.

@mansurabdullah87

Nasihat Abg Johan Untuk Kita Semua. #SayangSunnah #JauhiBidaah #Pmt

♬ original sound – MansurAbdullah87 – MansurAbdullah87

“Kenapa? Sebab sekurang-kurangnya bila dia solat, dia ada tempat untuk mengadu, dia ada tempat untuk dia bergantung daripada perempuan yang bertudung tetapi tiada tempat untuk dia bergantung.

“Sebab saya percaya satu hari nanti apabila dia mengadu dan ada tempat bergantung sebab hidayah itu milik Allah bukan milik suami dia,” katanya.

Tiada alasan untuk tidak memakai tudung

Namun begitu, kenyataan yang dikeluarkan oleh selebriti itu disangkal oleh netizen dan menyatakan aurat dan solat kedua-duanya merupakan satu perkara yang wajib dilaksanakan bukannya satu pilihan.

“Banyak orang pakai logik akal sebab tak nampak syurga neraka,” kata netizen.

Dalam video yang dikongsikan melalui TikTok itu, turut diselitkan ceramah Ustaz Wadi dan Ustaz Azhar Idrus berkaitan isu ini.

@fbvstiktok

Membalas kepada @missaliyatur #uai #uwa #ustazwadiannuar #ustazazharidrus #ceramahpendek #ceramah #johan

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Tidak ada alasan untuk tidak pakai tudung. Bagi yang tidak menutup aurat, sudah pasti dihukum oleh Allah kerana jelas buat maksiat dan kemungkaran,tak boleh timbang lagi dah,” kata Ustaz Wadi.

“Jika dikata tutup aurat tak semestinya masuk syurga,betul. Tapi, kalau tak tutup aurat masuk neraka. Tapi bila dia tutup aurat kerana suruhan Allah, bila dia taat pada Allah, maka dia dapat syurga Allah.

“Nabi kata golongan ahli neraka adalah orang perempuan yang pakai baju tetapi nampak aurat, bermakna orang yang tidak menutup aurat. Siapa yang tidak mahu patuh perintah Allahm tak dapat masuk syurga,” kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya.