Hafidz Roshdi kongsi perancangan kahwin Athira, bakal umum selepas sah bercerai

Hafidz Roshdi kongsi perancangan kahwin Athira, bakal umum selepas sah bercerai

Pelakon Hafidz Roshdi hari ini menjadi tumpuan lensa kamera ketika hadir ke mahkamah bagi prosiding penceraian dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini juga mengesahkan bahawa aktor tersebut waras dan boleh dibicarakan atas pertuduhan mencederakan Shuhada.

hafidz

Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret turut menetapkan 17 Julai ini untuk serahan salinan dokumen laporan psikiatri dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambuatn, Perak.

Sementara itu, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi berkata kepada wartawan dia bakal berkongsi tentang status hubungan dan perancangan mengahwini wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya, Athira Yuhada.

Sekarang masih di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Pengakuan untuk dia (hubungan) saya akan buat selepas bercerai. Buat masa ini no komen. Itu di bawah perbincangan nantilah”

Ketika ditanya tentang dua anaknya, Humairah dan Umar, Hafidz mengakui berasa lega kerana diberikan peluang untuk bertemu mereka berdua.

Bagaimanapun sehingga kini dia tidak berjumpa dengan Shuhada kerana segala urusan di antara mereka berdua hanyalah melalui peguam sahaja.